Berita Harian

Turki sertai serangan hapus militan Daesh

Tentera Iraq, Peshmerga berada 40km dari Mosul

-

Tentera Iraq dan Kurdis Peshmerga, semalam melaporkan mereka sudah menghampir­i Mosul, semalam selepas menawan kirakira 20 kawasan perkampung­an di luar bandar raya yang bergolak itu pada hari pertama serangan.

Kedua-dua tentera gabungan itu yang kini berada kira-kira 40 kilometer daripada kawasan sasaran melancarka­n operasi merampas semula kubu kuat militan Daesh yang ditawan pengganas sejak Jun 2014.

Pada hari yang sama, tentera Turki menyertai operasi serangan udara menyokong askar Iraq dan Kurdis dengan Perdana Menteri, Binali Yildirim mengesahka­n pergerakan itu di Ankara, semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Antarabang­sa Bagi Pendatang berkata, pihaknya mahu menyediaka­n topeng gas kepada penduduk berjumlah 1.5 juta yang tinggal di Mosul kerana bimbang pengganas mungkin menggunaka­n senjata kimia dalam serangan.

Militan itu menggunaka­n bahan sama ketika menyerang tentera Kurdis Iraq sebelum ini.

EU beri amaran

Pada tanggapan Presiden Barack Obama pula, kempen ini adalah satu risiko yang terancang ketika pegawai Amerika Syarikat akur bahawa belum ada rancangan yang jelas bagaimana wilayah sekitar Mosul bakal ditadbir selepas militan Daesh diusir keluar nanti.

Pada masa sama, Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada negara Eropah, semalam bahawa militan ini bakal masuk ke benua itu jika mereka gagal di Mosul.

Pesuruhjay­a Keselamata­n EU, Julian King, berkata mereka akan ‘memberi ancaman besar’ walaupun bilanganny­a kecil dan meminta Eropah bersedia menangani masalah itu.

Daesh kucar-kacir

Sementara itu, pegawai kanan Kurdis, Hoshiyar Zebari, berkata militan Daesh berada dalam keadaan kucar-kacir ketika ini.

“Mereka tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku, sama ada serangan akan menyusul dari barat, timur atau utara,” katanya.

“Ia bukan satu serangan hebat di Mosul. Ia harus dilakukan penuh waspada kerana ia adalah operasi penuh berisiko untuk semua pihak.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia