Berita Harian

20 maut hospital di India terbakar

-

Bhubaneswa­r: Litar pintas dikaitkan sebagai punca kebakaran di Hospital Sum di negeri Odisha, India yang meragut 20 nyawa serta mencederak­an 50 lagi, kelmarin.

Menurut Pengarah Perkhidmat­an Kesihatan, CR Nayak, kebanyakan yang terkorban di institut penjagaan kesihatan persendiri­an terkemuka itu adalah golongan tua yang mati akibat sesak pernafasan.

Sejurus selepas kejadian itu, tiga kakitangan hospital itu dihentikan sementara daripada tugasan atas kecuaian.

Ambulans dikatakan bergegas memindahka­n 120 pesakit ke hospital lain ketika anggota bomba cuba memadamkan kebakaran itu.

Beberapa pesakit yang cedera kini dalam keadaan kritikal.

Litar pintas jadi punca

Menurut sumber hospital, litar pintas di wad dialisis, tingkat dua hospital itu memercikka­n api, yang kemudian merebak ke seluruh tingkat dalam beberapa minit.

Perdana Menteri, Narendra Modi menyuaraka­n rasa kesal dan menggesa menteri kesihatan persekutua­n mempercepa­tkan proses memindahka­n pesakit ke hospital kerajaan berdekatan di All India Institute Of Medical Sciences.

“Saya amat terharu mendengar berita kematian di hospital itu akibat kebakaran,” kata Modi dalam Twitter.

Tujuh pesakit kritikal yang menggunaka­n alat bantuan pernafasan dimasukkan ke wad dialisis, manakala 11 lagi berada dalam wad unit rawatan rapi berhampira­n.

Hospital AMRI melaporkan lapan kematian, manakala mangsa lain yang cedera dipindahka­n ke Hospital Capital.

 ??  ??
 ??  ?? Pekerja penyelamat mengeluark­an mangsa kebakaran dari Hospital Sum di Odisha, semalam.
Pekerja penyelamat mengeluark­an mangsa kebakaran dari Hospital Sum di Odisha, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia