Berita Harian

Pamela Anderson sokong Assange

Selebriti beberapa kali lawat pengasas Wikileaks di London

-

Capaian internet Julian Assange dipotong, susulan lawatan istimewa daripada Pamela Anderson. Aktres Amerika Syarikat (AS) itu melawat ketua pengarang laman pembocor maklumat Wikileaks di Kedutaan Ecuador di ibu kota ini barubaru ini, membawa makanan berasaskan sayuran katanya kepada Associated Press (AP).

Pamela menggelar dirinya penyokong Assange, 45, dan membuat jenaka dengan makanan yang dibawanya.

“Beliau (Assange) berkata saya menyiksany­a kerana membawakan makanan berasaskan sayuran,” katanya.

Sementara itu juru publisiti Pamela memberitah­u majalah People dalam satu kenyataan:

“Pamela sudah beberapa kali melawat Assange. Selebriti itu mahu menggembir­akan Assange, beliau adalah penyokong tegarnya. Pamela juga bimbangkan keadaan kesihatan Assange dan percaya, dia tidak melakukan sebarang kesalahan namun dilayan dengan tidak adil dan tidak wajar.”

Tidak lama selepas kunjungan Pamela, capaian internet Assange dipotong, menurut akaun Twitter Wikileaks.

Capaian internet dipotong

“Capaian internet Julian Assange sengaja diputuskan oleh pihak yang ada kaitan dengan kerajaan. Kami sudah mengaktifk­an pelan luar jangka yang wajar,” kata WikiLeaks namun sejak itu tidak mengeluark­an sebarang kemas kini mengenai situasi Assange.

Assange memohon suaka politik di kedutaan itu sejak 2012 bagi mengelak diekstradi­si ke Sweden atas tuduhan merogol yang sekian lama dinafikann­ya.

Menurut AP, Assange bimbang

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Pamela (foto kanan) beberapa kali dilihat melawat Assange (kiri) sebagai tanda sokonganny­a.
[ FOTO AGENSI ] Pamela (foto kanan) beberapa kali dilihat melawat Assange (kiri) sebagai tanda sokonganny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia