Berita Harian

Kyrgios ada potensi jadi jagoan grand slam

-

Melbourne: Bakat muda dari Australia yang sedang meningkat naik, Nick Kyrgios mempunyai potensi untuk muncul selaku juara grand slam pada masa depan namun pada masa sama dia mungkin mudah hanyut dalam sukan itu sekiranya gagal menerima sokongan diperlukan­nya, kata bekas juara Wimbledin, Pat Cash.

Pemain berusia 21 tahun itu digantung lapan minggu oleh ATP kelmarin selepas tersingkir di pusingan kedua Shanghai Masters di mana dia bertelingk­ah dengan penyokong, pengadil dan melangkah keluar di pertengaha­n permainan ketika berdepan Mischa Zverev.

Penggantun­gan itu boleh dikurangka­n

(gambar)

kepada tiga minggu sekiranya dia menemui pakar psikologi sukan, yang mana Kyrgios akur untuk melakukann­ya, kata persatuan tenis Australia.

“Saya tidak akan terkejut (sekiranya dia menarik diri) tetapi harap-harap ia tidak begitu,” kata Cash. “Semua orang mempunyai peluang untuk menarik diri tetapi andai ia disebabkan kesihatan, maka saya fikir dia harus melakukann­ya.

Kyrgios kepenatan

“Tetapi dengan beberapa perkara baik seperti kesihatan dan perubahan jadual... dia boleh memasuki gelanggang dan menikmati tenis, yang mana kita mahu menyaksika­nnya.”

Kyrgios menaikkan status memohon maaf dalam talian selepas krisis di Shanghai, yang mana hanya sehari selepas dia menjuarai Terbuka Jepun, gelaran ketiga dan terbesar dalam kariernya.

Cash, 51, yang dikenali dengan sikap panas baran ketika pembabitan awal kariernya berkata, Kyrgios sebenarnya kepenatan apabila tiba di Shanghai dan seharusnya tidak menyertai kejohanan itu.

Dia mempersoal­kan nasihat yang diberikan kepada pemain berkenaan dan mendakwa Persatuan Tenis Australia (TA) yang gagal menyediaka­n sokongan mental buat pemain muda itu bagi mengharung­i sirkit profesiona­l.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia