Berita Harian

Marquez pelajari musibah 2015

‘Permulaan musim adalah saat yang paling sukar’

-

Tokyo

Juara dunia baharu Motogp, Marc Marquez mengakui dirinya mempelajar­i sesuatu yang berharga pada tahun 2015, apabila perlu mengenepik­an hasrat kemenangan­nya.

Marquez berusaha mencari kemenangan ketiga berturut-turut dalam kelas perdana itu tahun lalu namun beberapa siri kesilapan menjadi punca kepada kegagalann­ya – menyaksika­n Jorge Lorenzo dari pasukan Yamaha dinobatkan juara selepas bertarung sengit dengan rakan pasukan, Valentino Rossi.

Marquez dan rakan sepasukan dari Repsol Honda berdepan kesulitan selepas pengenalan Michelin selaku pembekal tayar Motogp tahun ini disamping beberapa peraturan baharu seperti spesifikas­i ECU.

Bantuan tiba

Namun, dia kekal percaya dengan kemampuan jurutera Honda untuk menjalanka­n tugas mereka di sepanjang berlangsun­gnya musim tatkala Marquez juga mengubah pendekatan­nya dalam perlumbaan bagi mendahului carta kejuaraan meskipun ia tampak seakan sukar pada awal kempen 2016.

“Permulaan musim adalah saat yang paling sukar untuk tahun ini dan mungkin juga pra musim yang paling sukar dalam karier saya.

“Langkah demi langkah kami sentiasa meletak kepercayaa­n dan saya masih ingat yang saya berkata kepada kesemua jurutera, ‘saya percaya kepada kamu, jadi saya akan mengubah mentaliti dalam perlumbaan pertama tetapi pada bahagian kedua musim, saya memerlukan bantuan kamu’,” kata Marquez.

“Pada bahagian kedua, bantuan itu tiba. Mereka menjalanka­n tugas yang hebat terutamany­a dari sudut elektronik, kami meningkat dari sudut pecutan dan pada ketika ini kami mempunyai sebuah jentera yang kompetitif.

“Kami juga berdepan sesi ujian yang baik di Aragon sebelum perlumbaan dan jujurnya ia adalah satu permulaan yang sukar. Kamu boleh berkata kepada saya, ‘kamu meraih gelaran dengan perlumbaan berbaki tiga lagi’ tetapi untuk mendapatka­nnya ia adalah sesuatu yang sangat sukar.

“Ia sukar kerana perlu mempelajar­inya, saya kehilangan kejuaraan (pada tahun 2015), jadi ia perlu dibayar dengan harga yang tinggi bagi mempelajar­i pendekatan baharu ini dalam perlumbaan tetapi buat masa ini, kami sangat gembira.”

Ducati Team Jorge Lorenzo (penghujung 2018); Andrea Dovizioso (penghujung 2018)

Suzuki Andrea Iannone (penghujung 2018); Alex Rins (penghujung 2018)

Bradley Smith (penghujung 2018); Pol Espargaro (penghujung 2018)

Aprilia Gresini Sam Lowes (penghujung 2018); Aleix Espargaro (penghujung 2018)

LCR Honda Cal Crutchlow (penghujung

Marc VDS Honda Jack Miller (penghujung 2017); Tito Rabat (penghujung 2017)

Monster Yamaha Tech 3 Jonas Folger (penghujung tahun 2017, pilihan untuk 2018); Johann Zarco (penghujung tahun 2017, pilihan untuk 2018)

Avintia Ducati Hector Barbera (penghujung 2017); Loris Baz (penghujung 2017)

Pramac Ducati Scott Redding; Danilo Petrucci

Aspar Ducati Alvaro Bautista (penghujung 2017); Karel Abraham (penghujung 2017)

 ??  ??
 ??  ?? Marquez (tengah) ketika merai kejayaanny­a di GP Jepun sekali gus merampas gelaran juara dunia, Ahad lalu.
Marquez (tengah) ketika merai kejayaanny­a di GP Jepun sekali gus merampas gelaran juara dunia, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia