Berita Harian

Arsenal kembali bertenaga: Walcott

-

London: Theo Walcott menyifatka­n Arsenal semakin pulih selepas sering menampilka­n tanda gagal mengekang tekanan lawan sebelum ini.

Kelab yang dibimbing Arsene Wenger itu boleh dipersalah­kan kerana beberapa kali melepaskan peluang untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris selain Liga JuaraJuara namun dikecewaka­n oleh kegagalan itu.

Kemenangan 3-2 ke atas Swansea dalam saingan domestik, minggu lalu menunjukka­n kelemahan itu hampir berjaya diatasi dan menanti kelab kerdil dari Bulgaria, Ludogorets, awal pagi esok dalam kempen elit Eropah, The Gunner sekali lagi berpeluang untuk membuktika­n kemampuan mereka.

Kawal diri

Walcott yang meledak dua gol ketika bertemu Swansea berkata keputusan di Emirates itu menunjukka­n Arsenal sudah matang dan kini bersedia untuk mencabar kejuaraan trofi.

“Saya secara jujur tidak melihat kepada kedudukan (liga). Saya fikir apa yang boleh kami lakukan ialah mengawal diri kami dan tidak berharap dengan pasukan atau keputusan lain untuk membantu kali,” kata Walcott.

“Kami boleh mengawal diri kami, jika kami bermain dengan baik dan memenangi perlawanan, dan itulah yang kami mampu lakukan. Kami pernah berada di situasi ini (tangga teratas liga).

“Akan sentiasa ada sedikit kejatuhan namun harapnya ia tidak akan terjadi pada tahun ini. Dengan skuad yang kami miliki, jika kami mengekalka­n kecergasan pemain, dengan pemain yang kembali, tiada siapa yang tahu... kamu boleh benarbenar menggelarn­ya Liga Perdana Inggeris tahun ini.

“Ia terlalu sukar untuk dijangka,” kata pemain kebangsaan England itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia