Berita Harian

Klopp naik angin lagi

Penyudah Liverpool tumpul biarpun kuasai perlawanan di gelanggang sendiri

-

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp merungut dengan penyudah tumpul Liverpool yang menyaksika­n kelab itu diikat tanpa jaringan dengan Manchester United meskipun menguasai hampir keseluruha­n permainan di Anfield, kelmarin.

Pasukan kendalian Jose Mourinho berjaya menidakkan percubaan Liverpool dengan melakukan formasi padat yang menghalang peluang tuan rumah dalam pertembung­an Liga Perdana Inggeris itu.

Penjaga gol United, David De Gea menafikan dua percubaan Liverpool dengan gaya bertaraf dunia di babak kedua.

Pada minit ke-59, penjaga gol dari Sepanyol itu menghalang percubaan rendah dari Emre Can sebelum menafikan rembatan jarak jauh Philippe Coutinho dengan gaya akrobatik.

Beri kelebihan MU

Keputusan itu merosakkan rekod empat kemenangan berturut-turut Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris dan dalam sidang media selepas itu Klopp berkata, pasukannya harus memanfaatk­an 65 peratus penguasaan mereka itu.

“Perlawanan dari awal babak kedua adalah sangat padat dan ia mungkin apa yang diinginkan oleh Man United,” kata Klopp. “Kami tidak mahukannya, jadi ia adalah satu kelebihan buat mereka berbanding kami.

“Apapun, perkara seperti itu boleh berlaku pada awal perlawanan kerana kamu tidak terlalu dipengaruh­i pada permulaan. Namun, kamu perlu mencari jalan yang kamu sering gunakan ketika bermain.

“Kami terlalu awal hilang sabar, itu adalah masalah pertama dan corak permainan hantaran juga tidak begitu bagus.

“Kami menguasai 65 peratus permainan tetapi pasukan perlu melakukan yang lebih baik apabila kamu kerap menerima bola. Namun, sebelum perlawanan saya tidak jangka yang kami akan menerima 10 ataupun 15 peluang berharga.” KEPUTUSAN KEDUDUKAN

 ?? [ FOTO EPA ] ?? De Gea (kanan) cuba menyelamat­kan percubaan Firmino pada aksi perlawanan liga, awal pagi semalam.
[ FOTO EPA ] De Gea (kanan) cuba menyelamat­kan percubaan Firmino pada aksi perlawanan liga, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia