Berita Harian

Mourinho tak kesal buntu di Anfield

-

Liverpool: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memuji barisan pemainnya selepas membantutk­an kemeriahan di Anfield apabila mengikat Liverpool 0-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

United hanya menang sekali dalam lima perlawanan liga dan kekal berada di kedudukan ketujuh saingan, tiga mata di bawah penghuni tangga keempat Liverpool dan lima mata daripada pendahulu Manchester City.

Namun dengan meranapkan impian besar Liverpool untuk merekodkan kemenangan keenam berturut-turut, Mourinho jelas gembira dengan prestasi anak buahnya.

“Kami menguasai permainan, bukan saja secara taktikal tetapi juga emosi perlawanan,” kata Mourinho. “Ia mungkin Anfield yang paling sunyi yang pernah saya rasai dan saya menjangkak­an sebaliknya. Saya fikir, ia adalah satu prestasi yang positif.

Tiga percubaan tepat

“Reaksi daripada penyokong mereka jelas kecewa. Orang ramai mengharapk­an kami berada di sini dan berdepan kesukaran namun akhirnya ia tidak begitu.”

Mourinho menambah: “Sekiranya kamu menganalis­a permainan, kamu dapat tahu punca kenapa kami melakukann­ya, menurunkan (Ashley) Young dan (Marouane) Fellainni.

“Kami menguasai permainan. Terdapat dua penafian menakjubka­n dari David de Gea, benar tetapi mereka jelas berada di luar perebutan.

“Ini adalah punca yang menyebabka­n mereka tidak mampu memperoleh tiga mata. Pesaing gelaran yang lain mempunyai jadual perlawanan lebih mudah pada ketika ini dan adalah penting untuk terus rapat dengan mereka.

“Peluang kami untuk meraih lima kemenangan berturut-turut akan tiba nanti.”

Meskipun menguasai 65 peratus permainan, Liverpool bagaimanap­un hanya melakukan tiga percubaan tepat yang menyaksika­n Roberto Firmino, Emre Can dan Philippe Coutinho digagalkan penjaga gol United, David de Gea.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia