Berita Harian

RSJ, RSJ Junior 'A' kuasai Arena Sports Centre

- - Oleh Mohd Badlishah

Kuala Terengganu:

Skuad Remaja Semangat Juang (RSJ) membuktika­n kehebatan mereka apabila menewaskan Adika FT ‘B’ 2-1 sekali gus menjuarai kategori bawah 16 tahun Karnival Futsal Milo Hidup Bola yang berlangsun­g di Arena Sports Centre, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Skuad kendalian Tuan Ruslim Tuan Ab Razak sebelum itu meleburkan impian pasukan Familia FT dengan kemenangan 1-0 di separuh akhir, manakala Adika FT 'B' mengalahka­n Crush FT juga dengan jaringan sama untuk mara ke final.

Hasil kejayaan itu, RSJ menerima wang tunai RM800, pingat, barangan Milo-figos manakala Adika FT 'B' yang berpuas hati selaku naib juara menerima RM600, pingat dan barangan Milo-figos. Kedudukan ketiga bersama milik Crush FT dan Familia FT masingmasi­ng menerima RM400.

Pemain terbaik final menjadi milik Muhammad Zulfikri dari Adika FT 'B' manakala penjaga gol terbaik dianugerah kepada Arham Khussyairi (RSJ).

Wakil Terengganu

Terdahulu, RSJ juga muncul juara kategori bawah 12 tahun selepas skuad juara RSJ Junior ‘A’ mengalahka­n Nibung Junior ‘B’ 3-2 pada aksi final. Gol RSJ Junior ‘A’ hasil sumbangan Mohd Syahmi dan Mohd Dini Mokhtar.

RSJ Junior ‘A’ mara ke final selepas menewaskan TFFC Junior ‘A’ 1-0 manakala Nibung Junior ‘B’ mengalahka­n 365 Junior ‘A’ 3-2.

Kejayaan mara ke final membo- lehkan RSJ ‘B’, RSJ Junior ‘A’, Adika FT ‘B’ dan Nibung Junior ‘B’ mewakili Terengganu ke saingan Grand Final yang berlangsun­g di Subang Sports Planet, Kuala Lumpur pada 27 November ini.

Hadiah kepada semua pemenang disampaika­n oleh Penolong Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd, Kerwin Lim.

Saingan peringkat Pulau Pinang akan berlangsun­g di Safira Sports Planet pada 22 Oktober diikuti Planet Sports Centre, Kuantan (29 Oktober), Manjung Indoor Sports Arena, Perak (5 November), Subang Sports Planet (12 November). Maklumat lanjut sila layari www.milo.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia