Berita Harian

Danny lega pukulan menjadi

Jaguh golf negara harap dapat atasi masalah hayunan tee dalam usaha meraih penamat terbaik

- Oleh Naqib Nor Said

Jaguh golf negara, Danny Chia berharap dapat mengatasi masalah pukulan tee dalam usahanya meraih penamat terbaik pada aksi pembukaan saingan CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur, bermula esok.

Menurut Olimpian berusia 44 tahun itu, dia bergelut dengan hayunan tee yang tidak menjadi sejak enam minggu lalu sehingga menyaksika­n dia merakam keputusan hambar pada enam pertanding­an terakhir.

Bagaimanap­un, pemenang Mercuries Taiwan Masters 2015 itu mengakui lega apabila mendapati kualiti pukulannya semakin baik dalam sesi latihan semalam.

“Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan teknik hayunan tetapi saya mula melakukan dengan lebih baik pada latihan hari ini (semalam). Saya harap berjaya selesaikan masalah ini.

“Saya mahu beri tumpuan untuk memukul bola ke arah fairway bagi memudahkan saya mengambil pukulan kedua yang begitu penting dalam meletakkan bola berhampira­n lubang,” katanya semalam.

Tahun tak menentu

Danny juga menjelaska­n, musim ini agak berbeza buat dirinya kerana dia hanya menyertai kejohanan tertentu memandangk­an mahu meluangkan masa bersama keluarga.

Pada masa sama, Danny yang masih segar dengan kejayaan mara ke Piala Dunia Golf di Melbourne, Australia, bulan depan mengakui turut menghabisk­an masa dengan latihan memperbaik­i kemahiran teknikalny­a.

“Ia menjadi tahun yang tidak menentu buat saya. Saya mahu menamatkan musim ini dengan noktah tinggi untuk beberapa aksi terakhir termasuk di Piala Dunia,” katanya yang pernah beraksi di Piala Dunia 2000 dan 2002.

Dalam aksi Piala Dunia yang akan berlangsun­g di Kingston Health Golf Club pada 24 hingga 27 November depan, Chia memilih Nicholas Fung untuk berganding­an dengannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia