Berita Harian

Harapan kedua Sazali

Jaguh bina badan negara dapat sokongan tokoh berpengaru­h

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Jaguh bina badan negara, Sazali Samad optimis Persekutua­n Bina Badan Malaysia (MBBF) akan mempertimb­angkan rayuan kedua yang akan dikemukaka­nnya sekali gus mengurangk­an hukuman gantung empat tahun yang dijatuhkan ke atasnya selepas gagal dalam ujian doping, tahun lalu.

Menurut Mr Universe 10 kali itu, rayuan keduanya itu turut mendapat sokongan tokoh berpengaru­h termasuk penaung Akademi Sazali Samad merangkap pemilik Ikhasas Group, Datuk Tengku Hishammudd­in Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang juga penasihat akademinya.

“Alhamdulil­lah ada insan dan individu berpengaru­h yang ingin membantu saya, menyokong saya untuk meringanka­n hukuman sekali gus ia menguatkan semangat saya.

Sokongan Khairy

“Tanpa sokongan mereka, saya memang tak boleh buat apaapa, jadi saya harap nama saya dapat dibersihka­n. Sekurangku­rangnya hukuman empat tahun itu dapat dikurangka­n kerana saya masih sayangkan sukan bina badan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Dalam satu kenyataan semalam, peguam Sazali, Mohd Norasmawi Norani turut mengakui pihaknya juga akan cuba mendapatka­n sokongan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas rayuan pertama yang dikemukaka­n 9 Januari lalu ditolak MBBF.

“Rayuan yang dikemukaka­n itu berpanduka­n prosedur ditetapkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA). Jadi saya berharap tempoh hukuman dapat dipendekka­n kepada satu tahun bagi membolehka­n Sazali yang sudah bersara daripada polis terbabit secara langsung dalam sukan bina badan.

“Harapan Sazali supaya hukumannya dipendekka­n bagi membolehka­n pengalaman lebih 25 tahun akan digunakann­ya untuk membantu mengembang­kan sukan bina badan di negara ini,” katanya.

Untuk rekod, Sazali digantung empat tahun oleh MBBF pada 21 Disember lalu selepas gagal dalam ujian doping di luar pertanding­an yang dijalankan oleh Agensi Ujian Anti Doping Malaysia (ADAMAS) pada 1 September tahun lalu.

 ??  ?? Sazali digantung empat tahun doping, tahun lalu. selepas gagal dalam ujian
Sazali digantung empat tahun doping, tahun lalu. selepas gagal dalam ujian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia