Berita Harian

Faktor isteri bukan halangan Faizal

- - Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Faktor isteri yang sedang sarat mengandung tidak menghalang penyerang sensasi, Faizal Saari membuat pengorbana­n besar memilih menyarung semula jersi negara pada kempen QNET Trofi Juara-juara di Kuantan bermula esok.

Kepulangan­nya pasti membakar semangat pasukan untuk mencabar kejuaraan selepas sepanjang tiga edisi sebelum ini skuad negara sering berputih mata dengan hanya menduduki tempat ketiga.

“Misi saya adalah membawa Malaysia ke pentas final,” jelas Faizal yang bakal menimbang cahaya mata pertamanya minggu ini hasil perkahwina­n bersama bekas pelapis bowling negara, Shaidatul Afina Badrul Hamidi.

Faizal yang sudah membuat 151 penampilan untuk negara, muncul antara dua pemain Skuad Pembanguna­n yang diserap ketua jurulatih, Stephen Van Huizen ke dalam skuad utama selepas lebih setahun meninggalk­an pasukan.

Pelepasan sehari

Seorang lagi adalah rakan sepasukann­ya di Pasukan Hoki Terengganu (THT) iaitu Hafizuddin Othman yang mengetepik­an Hairi Rahman untuk posisi penjaga gol nombor dua negara di belakang S Kumar.

Menurut penyerang berusia 25 tahun itu, pemilihann­ya semula ke dalam skuad negara bagi menghadapi aksi Trofi Juara-juara sebagai rezeki bakal menimbang cahaya mata pertama.

“Sebenarnya daripada Liga Hoki Australia (AHL) lagi sudah terdetik di hati yang saya akan terpilih, apa pun saya akan memanfaatk­an peluang ini sebaik mungkin... Memang sukar nak dapat semula prestasi lama tetapi saya berjanji akan memberi yang terbaik.”

Faizal turut menjelaska­n bahawa dia sudah berbincang dengan Stephen untuk memberi pelepasan selama sehari kepada dia jika isterinya melahirkan cahaya matanya ketika kejohanan ini sedang berlangsun­g.

Selain skuad negara, lima lagi pasukan yang akan beraksi pada edisi kali ini iaitu juara bertahan Pakistan, India, Jepun, Korea Selatan dan China.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia