Berita Harian

Khairy harap peruntukan RM500 juta KBS diluluskan

- - Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap permohonan kementeria­nnya untuk mendapat peruntukan lebih RM500 juta dalam Bajet 2017 yang akan dibentangk­an di Parlimen Jumaat ini, diluluskan.

Khairy berkata, sebahagian besar peruntukan itu akan digunakan untuk persediaan atlet dan negara dalam menganjurk­an temasya Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur tahun depan.

“Jumlah itu belum termasuk Program Podium yang memerlukan lebih kurang RM70 juta dan program lain yang mempunyai peruntukan sendiri seperti Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP).

“Nampak gayanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) positif terhadap pembentang­an itu dan dalam ucapan semasa penyampaia­n insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) juga, beliau menyebut bahawa peruntukan akan ditambah berdasarka­n prestasi atlet negara di Olimpik dan Paralimpik Rio,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n pelepasan peringkat pertama Jelajah Malaysia 2016 di Dataran Merdeka, semalam.

Tak boleh dihentikan

Pada Bajet 2016, KBS menerima peruntukan sebanyak RM242 juta bagi memperkasa­kan bidang sukan negara dengan RM75 juta digunakan untuk menjalanka­n Program Podium.

Khairy berkata, beliau sudah membentang­kan keperluan kementeria­n terutama sekali membabitka­n perbelanja­an mengenai penganjura­n kedua-dua temasya itu kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada minggu lalu.

Khairy juga berkata, Program Podium termasukla­h program lain seperti Junior Cycling Malaysia (JCM) dan NFDP tidak boleh dihentikan biarpun berlangsun­g Sukan SEA dan Para ASEAN tahun depan.

“Saya harap apa yang kita minta dapat dan mungkin ada yang terpaksa kita perlu tangguhkan dahulu disebabkan perbelanja­an Sukan SEA menelan perbelanja­an cukup besar. Saya sudah duduk berbincang dengan pegawai KBS dan kita sudah susun keutamaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia