Berita Harian

Khairy resah prestasi Nicol merosot

Mahu semuka bincang masa depan ikon skuasy dunia itu

- Oleh Jumiati Rosly

Rentetan kemelut prestasi Datuk Nicol David, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yakin keputusan terhadap masa depan ratu skuasy negara itu perlu dibincang secara menyeluruh.

Khairy berkata keputusan itu bukanlah mudah dengan perbincang­an bersama ikon sukan negara itu sendiri, jurulatih, pegawai Program Podium dan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) perlu dilakukan bagi meneliti segala aspek pembanguna­n Nicol.

“Boleh dikatakan beliau berada di penghujung karier dan mungkin ada beberapa tahun lagi tetapi yang pastinya beliau tidak di awal karier.

“Jadi kita perlu fikirkan yang terbaik supaya kekuatan fizikal, yang paling penting seperti mana dalam perbincang­an saya bersama dia (Nicol) pada awal tahun ini adalah keadaan mental beliau perlu dikuatkan supaya dapat mengembali­kan corak kemenangan dalam permainann­ya,” katanya selepas melancarka­n pelepasan peringkat pertama Jelajah Malaysia 2016 di Dataran Merdeka, semalam.

Banyak aspek

Prestasi Nicol menjadi tanda tanya apabila baru-baru ini dia terkandas pada suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), dengan kali terakhir Nicol menjulang kejuaraan adalah pada Terbuka Hong Kong, Disember lalu, tiga bulan selepas kehilangan takhta sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.

Khairy berkata banyak aspek yang perlu diambil kira termasukla­h jurulatihn­ya, Liz Irving yang berada di Amsterdam dan memudahkan atlet itu menyertai pertanding­an di Eropah.

“Liz Irving juga membimbing beberapa atlet lain, jadi jika Nicol mahu terus bersama dia, ia adalah sukar kalau dia balik ke Malaysia. Melainkan Nicol sendiri mahu bertukar jurulatih,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia