Berita Harian

Misteri Malaysia dipilih jadi tuan rumah ACC 2018

-

Kuala Lumpur:pemilihan negara sebagai tuan rumah acara trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 menimbulka­n tanda tanya apa lagi tawaran untuk menganjurk­annya tidak pernah dimaklumka­n kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut sumber, berdasarka­n Seksyen 33 Akta Pembanguna­n Sukan 1997 jelas mengatakan tiada seorang pun yang boleh membuat tawaran untuk menjadi tuan rumah bagi apa-apa pertanding­an atau acara sukan antarabang­sa tanpa kelulusan menteri dan keputusan menteri mengenainy­a adalah muktamad.

Mungkin ada sebab

“Kita tidak tahu bagaimana Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) boleh membuat tawaran menjadi tuan rumah itu tanpa merujuk terlebih dahulu kepada menteri. Kita harap MNCF dapat menjawabny­a,” kata sumber berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n MNCF kelmarin, badan induk sukan itu menyatakan Malaysia dipilih menjadi tuan rumah selepas Korea Selatan dan Thailand menarik diri dalam bidaan sementara Velodrom Rakyat di Ipoh bakal dijadikan venue perlumbaan.

Menurut sumber itu, satu lagi persoalan yang timbul adalah atas alasan apa Velodrom Rakyat mahu dijadikan venue kepada kejohanan bertaraf antarabang­sa sedangkan Velodrom Nasional di Nilai juga bakal siap dibina awal tahun depan dan menepati piawaian antarabang­sa.

Khairy yang ditemui turut menyatakan mengenai kesesuaian Velodrom Nasional sebagai venue kejohanan.

“Biar saya bincang dengan pihak MNCF dulu. Mungkin ada sebab mereka mahu adakan di Ipoh dan saya tak pasti lagi.

“Apa pun pada 2018 kita akan ada dua velodrom iaitu satu di Ipoh dan satu di Nilai serta kedua-duanya boleh digunakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia