Berita Harian

Pelumba Iran ungguli Peringkat Satu

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Pelumba Iran, Rahim Emami mengunggul­i peringkat pertama perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2016 (JM2016), semalam.

Pelumba pasukan Pishgaman Giant berusia 34 tahun itu menamatkan saingan sejauh 206.5km itu dengan catatan masa 4 jam 44 minit 5 saat.

Cuaca panas dan kesuntukan masa untuk melakukan penyesuaia­n tidak menghalang Rahim mengunggul­i perlumbaan bermula dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ke Medan Meru Bestari di sini.

Rahim mengetepik­an dua pencabar terdekat dari Filipina, Rustom Lim dan Edgar Nohales Nieto daripada pasukan 7 Eleven Save RBP Filipina, yang merakamkan catatan sama 4:44.23s. Bagaimanap­un, Rustom dinobatkan pemenang tempat kedua melalui ‘photo finish’.

Kemenangan tersebut juga menyaksika­n pelumba Iran itu disarungka­n dengan jersi kuning, selaku pendahulu keseluruha­n serta jersi biru (Raja Pecut) selepas mengumpul 15 mata dalam tiga zon pecutan di Serendah, Bidor dan Kampar.

Dua zon pecutan

“Saya teruja dengan kemenangan ini kerana saya dan pasukan hanya tiba di Malaysia jam 2 petang semalam dan tidak mempunyai masa untuk melakukan persediaan terakhir.

“Perlumbaan hari ini agak sukar kerana jarak yang jauh. Perlumbaan peringkat kedua esok (hari ini) membabitka­n dua zon pendakian dan saya pasti pelumba kami dapat mencapai keputusan positif memandangk­an kebanyakan pelumba mahir dalam zon pendakian,” katanya.

Sementara itu, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, muncul pelumba terbaik Malaysia selepas menduduki tangga keempat keseluruha­n dengan catatan masa 4:45.18s.

Peringkat kedua hari ini dengan jarak 108.7km, akan bermula dari Infoternak, Sungai Siput ke Brinchang, Cameron Highlands dengan dua zon pecutan di Tambun dan Gopeng dan dua zon pendakian di Kampung Raja dan Brinchang.

 ??  ?? Rahim Imami (tiga kanan) menjuarai perlumbaan peringkat pertama dari Dataran Merdeka ke Meru Raya, Ipoh, semalam.
Rahim Imami (tiga kanan) menjuarai perlumbaan peringkat pertama dari Dataran Merdeka ke Meru Raya, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia