Berita Harian

Gomez tenang hadapi misi ‘hidup mati’

Yakin Safee mampu ganti Diaz, Lucero

- Oleh Rizar Mohd Noor

Sesiapa jurulatih sekalipun pasti gelisah apabila hilang khidmat dua tonggak serangan serentak, apatah lagi, berdepan perlawanan ‘hidup mati’ pasukan kendalian masing-masing.

Namun, tidak bagi Mario Gomez yang kekal tenang sekalipun Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat tempang selepas hilang khidmat, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero yang digantung menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFC menentang Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam ini.

Malah jurulatih kelahiran Argentina itu menjelaska­n ketiadaan gandingan penyerang berbisa berkenaan tidak menjejaska­n perancanga­n taktikalny­a, sebaliknya yakin kelibat Safee Sali mampu menjelmaka­n ketajaman di posisi serangan.

Katanya, dia optimis betapa bekas penyerang kebangsaan itu sudah bersedia mempamerka­n aksi terbaik dengan berganding­an sama ada Mohd Azinee Taib atau Safiq Rahim apabila berdepan skuad kendalian Albert Roca itu.

“Ia aksi yang cukup getir buat JDT kerana ada baki 90 minit lagi yang saya anggap mendebarka­n tetapi kami sudah membuat persiapan yang rapi dan memperbaik­i apa jua kesilapan ketika aksi separuh akhir pertama.

Buru gol awal

“Saya tidak anggap JDT berada dalam keadaan tertekan selepas kehilangan beberapa pemain akibat penggantun­gan namun pemain yang sedia ada mampu beraksi dengan cemerlang dan mereka tampak begitu bersemanga­t sepanjang sesi latihan sejak seminggu lalu,” katanya.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Larkin 28 September lalu, JDT yang juga juara bertahan sekadar seri 1-1 dengan Bengaluru FC sekali gus menyaksika­n mereka mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan.

Gomez juga tampak lega selepas pemain bek kanan, S Kunanlan yang tidak beraksi pada separuh akhir pertama kembali cergas dan bersedia untuk diturunkan bagi memantapka­n lagi benteng pertahanan bersama Aidil Zafuan Abd Radzak, Marcos Antonio dan Muhd Fazly Mazlan.

Katanya, taktikal yang bakal diterapkan pasti terarah untuk menyerang dan benteng pertahanan juga harus memainkan peranan dengan membentuk kombinasi mantap dan mengelak daripada pemain lawan mengambil kesempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia