Berita Harian

MISC-MIFA optimis benam PKNP FC

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Subang Jaya: Pasukan Majlis Sukan India Malaysia-persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) optimis mampu menjuarai Piala FAM 2016 dengan membenam Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam aksi timbal balik final yang dijadualka­n di Stadium Shah Alam, esok dan Stadium Ipoh, Khamis depan.

Presidenny­a, Datuk T Mohan berkata, pasukan kendalian Jacob Joseph itu sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan kemuncak itu sebaik mengesahka­n kemaraan ke final dengan mengejutka­n pasukan pilihan, Airasia dengan agregat 2-1.

PKNP FC pula mara dengan menewaskan FELCRA FC 3-2.

“Kita harap pemain memperagak­an aksi terbaik dan soal ganjaran sekiranya memenangi kejuaraan akan diputuskan oleh pengurus pasukan kemudian,” katanya pada sidang media 2016’, dekat sini, semalam.

Kemaraan MISC-MIFA dan FELCRA FC ke final menyaksika­n kedua-duanya mara automatik beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Pemain asing

Ditanya mengenai persiapan menghadapi Liga Perdana 2017, Mohan berkata dia berhasrat membawa masuk lebih ramai pemain muda berbilang kaum ke dalam pasukan.

“Untuk musim depan impian saya bukan hendak menjadi juara dan mara ke Liga Super kerana ia memakan belanja yang banyak. Kalau boleh kekal di Liga Perdana pun sudah memadai kerana saya ingin membawa satu pasukan belia yang mempunyai ramai pemain muda dan bagus.

“Kita mungkin akan gunakan dua atau tiga pemain asing untuk membantu pasukan namun ia hanya untuk sementara, bukan kekal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia