Berita Harian

Hajat Kelantan tak sampai

- Oleh Hasbullah Ibrahim

Kota Bharu: Kelantan gagal mendapatka­n bekalan selesa seperti yang dihajati selepas sekadar seri 1-1 menentang T-team pada aksi pusingan pertama final Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Keputusan itu menyaksika­n pusingan kedua di Kuala Terengganu, 25 Oktober ini akan menjadi penentu siapa yang berhak menjuarai saingan berkenaan.

Walaupun beraksi di laman lawan, pelawat bagaimanap­un tidak gentar sebaliknya anak buah Mohd Nafuzi Zain dilihat lebih menguasai perlawanan sebaik wisel permulaan ditiup.

Mohd Zairulizwa­n Mazlan hampir meletakkan T-team di depan pada minit ke-25 tetapi rembatan leretnya sipi sekalipun hanya berdepan penjaga gol Kelantan, Ahmad Syihan Hazmi.

Melencong masuk

Tersentak menyaksika­n President Warriors bangkit mengasak dan peluang terbaik mereka hadir empat minit kemudian namun rembatan kencang Nik Azli Nik Alias berjaya ditepis penjaga gol T-team, Mohd Asyraf Azmi.

Kebuntuan jaringan pada babak pertama bagaimanap­un berakhir pada minit ke-54 apabila Muhammad Danial Ashraf meletakkan tuan rumah di depan menerusi sepakan percuma yang melencong masuk menggegark­an gawang pelawat.

Bagaimanap­un, kegembiraa­n anak buah Hashim Mustapha tidak bertahan lama apabila T-team bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan cantik, Engku Muhammad Nur Shakir pada minit ke-63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia