Berita Harian

Helang Merah dapat tonik terbaik

Anak didik Cheng Hoe dijanjikan habuan wang tunai sekiranya berjaya merangkul Piala Malaysia

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Pasukan Kedah yang akan menentang Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam 30 Oktober ini, menerima tonik terbaik menjelang pertembung­an itu apabila dijanjikan habuan wang tunai sekiranya berjaya merangkul piala berprestij berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pembanguna­n Insan negeri, Datuk Aminudidin Omar, bagaimanap­un enggan menyatakan jumlah wang tunai yang akan diterima skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu.

“Mesti ada ganjaran daripada kerajaan negeri dan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah), cuma kita belum putuskan jumlah ganjaran itu.

“Setakat ini, kita pasti akan beri imbuhan berbentuk wang tunai... dalam bentuk lain, belum ada dalam perancanga­n daripada kerajaan negeri serta KFA,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Kehormat KFA berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa Kedah FA 'Lang Merah' di Hotel Grand Alora, dekat Mergong di sini.

Hadiah utama RM2,000

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Khairul Kamarudin.

Sementara itu, Khairul berkata pengenalan kad debit Lang Merah itu adalah usaha penjenamaa­n bersama BIMB dan Visa yang keempat bersama persatuan bola sepak selepas tiga kerjasama awal sebelum ini bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

“Melalui kad debit ini, penyokong Kedah akan menikmati pelbagai manfaat melalui perkhidmat­an kad itu dan sempena pelancaran ini kita turut memperkena­lkan kempen 'Pulun Kedah Pulun'.

“Melalui perbelanja­an runcit minimum berjumlah RM50 dalam setiap satu resit, pemegang kad secara automatik layak untuk memasuki kempen dan berpeluang memenangi hadiah utama RM2,000,” katanya.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Pemain Kedah bersama pengurus dan jurulatih bergambar pada majlis pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa Kedah FA 'Lang Merah' semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Pemain Kedah bersama pengurus dan jurulatih bergambar pada majlis pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa Kedah FA 'Lang Merah' semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia