Berita Harian

Irfan minta seminggu jawab tawaran Terengganu

- - Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: “Saya akan berikan keputusan muktamad dalam tempoh seminggu,” kata bekas pengendali FELDA United, Irfan Bakti Abu Salim mengenai tawaran Terengganu untuk melantikny­a mengendali­kan skuad Penyu musim depan.

Pengendali berusia 65 tahun itu berkata demikian sejurus mengadakan perbincang­an dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang juga pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

“Saya datang hari ini (semalam) kerana menghormat­i Ahmad Razif yang menyatakan hasrat membawa saya kembali membimbing skuad Penyu musim depan.

“Jadi, hari ini kami berbincang dan tiada kata putus dibuat kedua belah pihak. Insya’allah, saya akan beri keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran Terengganu dalam tempoh seminggu,” katanya yang ditemui di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.

Pandangan keluarga

Irfan Bakti yang pernah membimbing Terengganu pada 2009 sehingga 2011 berkata, keputusan akan diputuskan selepas meneliti beberapa perkara termasuk mendapat pandangan keluarga.

“Saya tidak nafikan yang keluarga sememangny­a suka tinggal di Terengganu, tapi berilah saya masa untuk membuat keputusan terbaik untuk diri dan PBSNT,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata pihaknya memang bercadang menawarkan tugas selaku pengendali pasukan Terengganu kepada Irfan Bakti, namun masih belum dimuktamad­kan.

Katanya, fokus utama sekarang mahu memastikan prestasi skuad Penyu pada musim depan dapat menghasilk­an kecemerlan­gan sebagaiman­a pernah dilakarkan sebelum ini.

“Kami mahu keputusan yang dibuat ini membawa kepada situasi menang-menang antara kedua belah pihak (PBSNT dan Irfan),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia