Berita Harian

Pahang ambil peluang masalah T-team

-

Kuantan: Pahang berharap dapat memanfaatk­an kekecewaan yang masih membelengg­u T-team selepas gagal mara ke final Piala Malaysia pada perlawanan hidup mati mereka dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Shah Sabtu ini.

Pemain pertahanan Pahang, Saiful Nizam Miswan berkata perlawanan itu penting kerana hanya kemenangan akan memastikan skuad Tok Gajah kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.

“Kami tiada pilihan selain menewaskan T-team kerana dua lagi pencabar terdekat, Pulau Pinang dan Terengganu mampu menolak kami terjerumus ke Liga Perdana sekiranya kami tewas.

Lebih berbisa

“Jadi, kami harap dapat memanfaatk­an kekecewaan yang masih dirasai T-team pada perlawanan hidup mati itu,” katanya.

Berdasarka­n kedudukan, Pahang kini menduduki tangga ketiga tercorot dengan 20 mata dan hanya dipisahkan satu mata dengan Terengganu serta Pulau Pinang.

Saiful Nizam yang lebih mesra dengan panggilan Poyeng berkata, fokus utama skuad kendalian Razip Ismail untuk mengekang asakan tuan rumah dan pada masa sama mengharapk­an sentuhan jentera serangan lebih berbisa.

“Sejak tiga minggu lalu persediaan Pahang berjalan mengikut jadual kerana jurulatih lebih menekankan kepada aspek menyerap serangan lawan dan turut memberi menumpukan kepada serangan.

“Ketika ini, kecergasan fizikal dan mental pemain berada pada tahap terbaik kerana misi utama adalah menang ke atas Tteam biarpun sedar perlu menempuh laluan getir di tempat lawan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia