Berita Harian

Gunalan, Shahrom sekata

Ketepikan masalah dalaman persatuan, tumpu untuk pertahan gelaran

- Oleh Syed Riduan Ahmad

Pengendali sementara Selangor, K Gunalan kagum dengan sikap profesiona­l anak buahnya yang tidak mempedulik­an masalah dalaman Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam menyempurn­akan misi mempertaha­n kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.

Selangor yang memburu kejuaraan ke-34 kejohanan bola sepak tertua negara itu akan bertemu Kedah sekali lagi pada final 30 Oktober ini di Stadium Shah Alam, selepas menewaskan lawan yang sama tahun lalu dengan keputusan 2-0.

“Memang sukar sebagai jurulatih untuk saya memastikan pemain dapat memberi tumpuan penuh kepada perlawanan,” kata Gunalan semalam.

“Pemain tahu apa yang berlaku dalam FAS, namun mereka mengetepik­an masalah itu sebaik melangkah masuk ke dalam padang dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan.

Tak perlu fikir

“Saya rasa mereka tahu, satusatuny­a piala yang boleh mereka menangi tahun ini ialah Piala Malaysia, jadi mereka memberikan komitmen 100 peratus.”

Perkara sama turut diluahkan kapten pasukan, Shahrom Kalam yang berusaha keras memastikan dirinya dan rakan sepasukan tidak terbawa-bawa dengan masalah berkaitan pihak pengurusan.

“Sebagai pemain, kami perlu sedar tanggungja­wab kami sebagai pemain. Kami perlu melaksanak­an kerja kami.

“Apa yang berlaku di luar padang, kami tidak perlu fikirkan tetapi apa yang penting adalah apa yang berlaku di dalam padang.

“Di dalam padang, kami perlu sedar komitmen kami, fokus kami dan tugas yang perlu kami lakukan,” kata Shahrom.

 ??  ?? Gunalan gembira anak buahnya beri tumpuan sepenuhnya tanpa hirau masalah dalaman persatuan.
Gunalan gembira anak buahnya beri tumpuan sepenuhnya tanpa hirau masalah dalaman persatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia