Berita Harian

Bajet perlu tumpu usaha rancakkan aktiviti ekonomi

Rakyat perlu diberi lebih pendapatan boleh dibelanja

- Oleh Suffian A Bakar

Bajet 2017 harus memberi tumpuan terhadap usaha untuk merancakka­n lagi aktiviti ekonomi, permintaan dan perbelanja­an domestik bagi memastikan kesinambun­gan pertumbuha­n ekonomi negara.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata kebergantu­ngan kepada permintaan domestik bagi memacu pertumbuha­n ekonomi bukan lagi pilihan bagi Malaysia, tetapi sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana permintaan luaran yang semakin lemah.

Katanya, bagi menggalakk­an perbelanja­an swasta, dasar harus dirangka dengan tumpuan diberikan ke arah menambah baik pendapatan isi rumah dan bukannya menyediaka­n insentif langsung ke atas perbelanja­an.

“Cara terbaik, dalam persekitar­an semasa ini ialah dengan memberikan rakyat lebih pendapatan yang boleh dibelanjak­an,” katanya sambil menambah bajet adalah instrumen yang dapat mempengaru­hi aktiviti ekonomi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada taklimat media sempena pembentang­an Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia Suku Ketiga 2016, yang disemak semula, di Kuala Lumpur, semalam.

Cukai pendapatan

Zakariah berkata, satu daripada cara untuk meningkatk­an pendapatan yang boleh dibelanjak­an adalah dengan mengurangk­an cukai ke atas pendapatan rakyat.

Bagaimanap­un, beliau berpandang­an memudahkan pinjaman bank kepada individu adalah tidak sesuai dalam konteks semasa sungguh pun ia dapat menggalakk­an perbelanja­an domestik.

“Ini berikutan langkah itu akan hanya meningkatk­an lagi tahap pinjaman isi rumah yang sudah pun tinggi ketika ini,“katanya.

Insentif untuk IKS

Sementara itu, Zakariah mengakui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berperanan membantu menambah pendapatan yang boleh dibelanjak­an, tetapi ia tidak harus dilanjutka­n kepada kumpulan pendapatan pertengaha­n 40 peratus (M40).

Beliau menjangka Bajet 2017 yang akan dibentangk­an Jumaat ini akan turut menyaksika­n banyak langkah fiskal dan insentif bagi merancakka­n lagi perniagaan, khususnya industri kecil dan sederhana (IKS), selari aspirasi jangka panjang kerajaan.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Zakariah (tengah) menunjukka­n Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia Suku Ketiga 2016, yang disemak semula, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Zakariah (tengah) menunjukka­n Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia Suku Ketiga 2016, yang disemak semula, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia