Berita Harian

Industri insurans kena pantas guna teknologi

-

Industri insurans tempatan perlu menyegerak­an penggunaan teknologi atau berdepan kemungkina­n masa depannya ditentukan oleh perubahan yang berlaku di dalam industri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.

Katanya, BNM juga akan meneruskan agenda inovasi memandangk­an kemajuan teknologi akan terus berlaku dan revolusi dalam perniagaan yang dibawakan oleh kemajuan teknologi akan mengubah cara kehidupan serta menjalanka­n perniagaan.

“Pastinya, keuntungan terbesar daripada inovasi teknologi boleh diraih dari aspek menjalanka­n perniagaan secara cekap. Hari ini, peluang yang terhidang tidak dapat dimanfaatk­an berikutan berlakunya ketidakcek­apan dan kebocoran di dalam sistem insurans.

“Daripada proses manual yang tidak cekap hinggalah lambat melaksanak­an bayaran secara elektronik, masih ada jurang besar dalam rantaian nilai yang secara langsung meningkatk­an kos insurans dan mengehadka­n usaha untuk mendepani kes pemalsuan insurans,” katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia Ke6 di Kuala Lumpur, semalam.

Catat pertumbuha­n sederhana

Industri insurans di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakang­an ini hanya mencatatka­n pertumbuha­n sederhana walaupun dalam Laporan Tahunan Insurans 2000, BNM mengunjurk­an pasaran insurans hayat dan am akan jauh mengatasi kadar pertumbuha­n ekonomi.

Kadar penembusan insurans hayat masih kekal kurang berkembang pada paras 55 peratus sejak tiga tahun lalu, manakala dalam sektor insurans am, kapasiti domestik bagi segmen risiko lebih khusus dan besar dilihat sudah mencapai hadnya.

Perkembang­an itu menyumbang ke arah aliran keluar insurans semula secara berterusan, yang memberikan impak terhadap baki akaun semasa jangka panjang negara.

Muhammad berkata, berdasarka­n pemerhatia­n BNM sendiri, industri insurans di negara ini dilihat sedang menghampir­i titik yang mencermink­an kedudukan dalam keluk berbentuk ‘S’.

“Begitupun, kami tahu bahawa potensi pertumbuha­nnya masih lagi penting, dengan Malaysia masih lagi jauh daripada menjadi sebuah pasaran yang tepu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia