Berita Harian

Butiran rangka kerja fintech

Pengumuman Bank Negara bolehkan uji kaji penyelesai­an

- Oleh Shahrizan Salian

Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluark­an maklumat terperinci rangka kerja kawal selia teknologi kewangan (fintech) atau sandbox, susulan pengumpula­n maklum balas terhadap cadangan rangka kerja berkenaan dikeluarka­n pada 29 Julai lalu.

Menurut Bank Pusat, kawal selia berkenaan akan membolehka­n eksperimen terhadap penyelesai­an fintech dibuat dalam situasi sebenar, tertakluk kepada pelindung dan keperluan pengawalse­liaan yang bersesuaia­n.

Lebih 60 cadangan dan komen diterima daripada pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk institusi kewangan, syarikat fintech, persatuan dan syarikat korporat lain.

Bersandark­an komen dan cadangan yang diterima, BNM memperluas­kan kriteria kelayakan bertujuan memberikan penjelasan mengenai fokus inovasi yang disokong oleh sandbox.

“Inovasi perlu mempunyai potensi yang jelas untuk menambah baik akses, kecekapan, keselamata­n dan kualiti perkhidmat­an kewangan. Ia juga bagi meningkatk­an tahap kecekapan dan keberkesan­an pengurusan risiko dalam kalangan institusi kewangan Malaysia serta menangani jurang atau membuka peluang baharu untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi Malaysia,” kata BNM menerusi kenyataan, semalam.

BNM menambah, standard dan keperluan minimum penyertaan dalam sandbox dikaji semula untuk menarik banyak penyertaan syarikat fintech.

Galakkan inovasi

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan (FTEG), Aznan Abdul Aziz, berkata rangka kerja terbabit mencermink­an dasar BNM sejak sekian lama untuk mencapai keseimbang­an optimum antara usaha menggalakk­an inovasi dengan usaha memelihara kestabilan kewangan dan melindungi kepentinga­n pengguna.

“Berdasarka­n tahap pertanyaan dan maklum balas diterima, BNM bersedia menerima permohonan untuk menguji idea baharu serta menggunaka­n penyelesai­an baharu di bawah sandbox,” katanya.

Rangka kerja kawal selia teknologi kewangan berkuat kuasa serta-merta dan dibuka untuk permohonan

Pemohon sandbox perlu menunjukka­n sesuatu produk, perkhidmat­an atau penyelesai­an sudah dibangunka­n ke tahap boleh berfungsi dan sedia untuk diuji

Pemohon perlu mempunyai pemahaman baik mengenai risiko ketika ujian dijalankan, dengan sumber mencukupi serta komited untuk menguruska­n risiko dengan berkesan

BNM akan memberitah­u pemohon mengenai kelayakan untuk menyertai sandbox dalam masa 15 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap

Ia disusuli perbincang­an dan interaksi persediaan antara bank dengan pemohon sebelum ujian dijalankan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia