Berita Harian

Proton Saga terima 6,000 tempahan

Persona, Perdana turut catat prestasi positif

- Oleh Ahmad Fiesal Othman

Model baharu Proton Saga 1.3 Liter (L) terus mendapat sambutan memberangs­angkan apabila 6,000 tempahan diterima setakat ini sejak ia dilancarka­n 28 September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Rohime Shafie, berkata daripada jumlah itu kira-kira 45 peratus tempahan adalah untuk varian Standard dengan warna merah menjadi pilihan utama pelanggan.

Beliau berkata, ciri-ciri keselamata­n yang tinggi, selain reka bentuk menawan dan dijual pada harga mampu milik menjadikan generasi ketiga Proton Saga itu mendapat permintaan memberangs­angkan daripada pelanggan.

“Setakat ini, sebanyak 1,000 unit kereta Saga baharu sudah diserahkan (kepada pembeli),” katanya pada sesi taklimat sempena sesi pandu uji model berkenaan oleh wakil media di Ipoh, semalam.

Saga ialah model ketiga yang dilancarka­n oleh PROTON Holdings Bhd (PROTON) tahun ini selepas Perdana dan Persona, masing-masing pada 14 Jun dan 23 Ogos lalu.

Catat prestasi jualan terbaik

Rohime berkata, sambutan yang diberikan terhadap Saga baharu itu menjadikan­nya antara model PROTON yang mencatatka­n prestasi jualan terbaik dalam tempoh yang singkat selepas dilancarka­n.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jualan Persona, beliau berkata, berdasarka­n data terkini, pihaknya sudah menerima 15,000 unit tempahan dan daripada jumlah berkenaan, 4,500 unit sudah didaftarka­n.

“Bagi Perdana yang dilancarka­n empat bulan lalu pula, kita sudah menerima 1,500 tempahan dan sehingga kini 850 unit diserahkan kepada pelanggan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia