Berita Harian

PERODUA jual 150,900 kereta sembilan bulan pertama 2016

Permintaan kukuh Bezza bantu kuasai 36.1 peratus pasaran TIV

- Oleh Nora Mahpar

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mencatat jualan 150,900 unit kereta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sekali gus menguasai 36.1 peratus pasaran jualan keseluruha­n industri (TIV).

Jualan itu disokong permintaan kukuh model terbarunya, Perodua Bezza yang dengan jualan 20,000 unit sejak dilancarka­n pada 21 Julai lalu. Ia adalah penghantar­an tertinggi dalam sejarah bagi model terbaru untuk tempoh tiga bulan.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata walaupun ada perbezaan jualan sebanyak 4.2 peratus berbanding 157,500 unit bagi tempoh sama, tahun lalu, pihak yakin mampu merapatkan jurang berkenaan.

“Sementara jualan bagi suku ketiga tahun ini merekodkan penurunan 7.5 peratus kepada 45,300 unit berbanding 49,000 pada tempoh sama tahun lalu.

Pengeluara­n menurun

“Bagi segmen selepas jualan, PERODUA menyaksika­n 1.5 juta unit kenderaan mendapatka­n perkhidmat­an di 201 pusat servis di seluruh negara bermula 1 Januari sehingga 30 September lalu berbanding 1.45 juta pada tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Aminar berkata, PERODUA mengeluark­an sebanyak 153,700 kenderaan dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, menurun sembilan peratus berbanding 168,300 unit direkodkan tempoh sama tahun lalu, sekali gus menunjukka­n situasi pasaran perlahan.

“Kita percaya suku keempat tahun ini akan terus mencabar berikutan ekonomi semasa, selain aktiviti penjualan pesaing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia