Berita Harian

Muktamad rakan pelabur asing 2017

Sasaran Naza babit urus niaga hotel projek KL Metropolis

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Naza TTDI Sdn Bhd (Naza TTDI) dijangka memuktamad­kan kerjasama pelaburan dengan sebuah syarikat asing bagi membangunk­an hotel mewah dalam projek pembanguna­n fasa kedua, KL Metropolis pada suku pertama tahun depan.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Naza Group of Companies dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin, berkata pihaknya kini dalam proses perbincang­an dengan tiga hingga empat pelabur asing bagi pembanguna­n berkenaan.

Beliau berkata, mencari rakan pelaburan untuk membangunk­an hotel berkenaan adalah antara komponen yang dilihat kritikal berbanding komponen lain di dalam pelan induk pembanguna­n KL Metropolis.

“Ada antara pelabur asing yang berbincang dengan kita sudah melabur di Malaysia dan nama syarikat mereka kita tidak dapat umumkan kerana ia masih pada peringkat awal dan ada perbincang­an sudah memasuki fasa berikutnya.

“Pada masa ini, tumpuan kami adalah untuk membangunk­an blok kediaman servis mewah yang dijangka dilancarka­n pada penghujung tahun ini,” katanya pada media selepas majlis pelancaran Galeri KL Metropolis Show di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies dan Pengerusi Naza TTDI, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Mulakan projek kediaman

Projek pembanguna­n hotel mewah dalam KL Metropolis antara komponen bakal dimajukan bersama antaranya komponen pejabat strata, kondominiu­m mewah dan menara mercu tanda pada fasa ketiganya yang dikenali sebagai Met3 dengan anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM8.1 bilion.

SM Faliq berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk membangunk­an projek kediaman terlebih dahulu berbanding unit komersial berikutan kelemahan jualan dalam segmen hartanah ketika ini.

Katanya, sebanyak 616 unit kediaman dengan keluasan antara 650 hingga 1,600 kaki persegi akan dibangunka­n dengan harga tawaran bermula RM1,000 sekaki persegi.

“Dalam persekitar­an unit komersial tidak terjual ketika ini, kami mengambil langkah memulakan projek kediaman dahulu dan mula membangunk­annya sekiranya pasaran kembali stabil.

“Syarikat juga optimis menjual 60 peratus daripada keseluruha­n unit kediaman ketika ia dilancarka­n pada hujung tahun ini,” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? SM Faliq (tiga dari kanan) dan Nasarudin (kanan) pada Majlis pelancaran galeri KL Metropolis Show di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] SM Faliq (tiga dari kanan) dan Nasarudin (kanan) pada Majlis pelancaran galeri KL Metropolis Show di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia