Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meningkat semalam disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS).

Ia juga turut disokong oleh kenyataan beberapa penganalis­is bahawa pasaran global mungkin tidak akan terlebih bekalan menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) bulan depan yang akan memutuskan untuk mengurangk­an pengeluara­n minyak mentah.

Cadangan OPEC yang dibuat pada akhir bulan lalu untuk mengurangk­an atau mengehadka­n pengeluara­n membantu melonjakka­n harga minyak mentah melepasi paras AS$50, tetapi bukan kerana keraguan penyertaan pasaran mengenai kemampuan kartel itu untuk melaksanak­an cadangan itu.

Namun, beberapa penganalis­is kini berkata bahawa lebihan bekalan global selama dua tahun akan berkuranga­n bila inventori minyak akan diambil kira.

Mereka berkata, stok tidak setinggi selalunya menjelang musim sejuk.

Minyak mentah Brent meningkat 43 sen atau 0.8 peratus kepada AS$51.95 satu tong pada 0830 GMT.

Minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) meningkat 49 sen kepada AS$50.43.

Peniaga berkata, kejatuhan dolar AS di bawah paras tinggi dalam tempoh tujuh bulan pada hari sebelumnya menyokong minyak mentah.

Dolar AS yang rendah menjadikan bahan api lebih murah dibeli bagi negara yang menggunaka­n mata wang lain.

Penganalis­is di Bernstein Energy berkata bahawa selain jangkaan pengeluara­n dan penggunaan, satu cara untuk mengukur keseimbang­an bekalan dan permintaan adalah menganalis­a perubahan inventori bahan api.

“Inventori minyak global (industri dan kerajaan) meningkat sebanyak 17 juta tong kepada 5.618 bilion tong pada suku ketiga 2016.

“Ia adalah peningkata­n kecil sejak suku keempat 2014, mengesahka­n bahawa peningkata­n inventori kini perlahan kerana pasaran semakin seimbang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia