Berita Harian

FBM KLCI menokok 13.86 mata

Harga minyak dunia pulih, ringgit mengukuh pacu bursa

-

391 kaunter tidak berubah, 481 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 1.57 bilion unit bernilai RM1.88 bilion daripada 1.26 bilion unit bernilai RM1.52 bilion kelmarin.

Peniaga berkata, minat belian berterusan dilihat di bursa tempatan selepas indeks utama meningkat untuk mencatatka­n prestasi lebih baik daripada bursa serantau lain.

“Bagaimanap­un, sentimen pasaran pendasar kekal berhati-hati disebabkan oleh ketidakten­tuan mengenai bila Rizab Persekutua­n AS akan menaikkan kadar faedah dan ketidakten­tuan harga minyak mentah,” katanya.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermedia­te naik 40 sen kepada AS$50.34 satu tong manakala minyak mentah Brent menokok 39 sen kepada AS$51.91 satu tong.

Dalam kalangan bursa serantau, Straits Times menambah 0.41 peratus kepada 2,828.59 dan Nikkei 225 menokok 0.38 peratus kepada 16,963.61.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank naik enam sen kepada RM19.76, Maybank menokok 11 sen kepada RM7.71, Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM6.81 dan IHH Healthcare menambah tiga sen kepada RM6.43.

TNB kekal pada RM14.40.

Bagi saham untung, KESM Industries menambah 42 sen kepada RM9.22, Panasonic Manufactur­ing naik 32 sen kepada RM36.90, AEON Credit Service menokok 28 sen kepada RM14.62, UMW, Genting dan Alliance Financial naik 17 sen setiap satu, masingmasi­ng kepada RM5.95, RM7.99 dan RM3.98.

Indeks FBM Emas meningkat 94.64 mata kepada 11,804.24, Indeks FBM Emas Syariah menokok 85.05 mata kepada 12,454.06, Indeks FBMT100 melonjak 96.54 mata kepada 11,503.03 dan FBM Ace naik 16.75 mata kepada 5,155.92. FBM 70 melonjak 119.97 mata kepada 13,906.80.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n meningkat 37.67 mata kepada 7,940.86, Indeks Perusahaan menambah 30 mata kepada 3,129.54 dan Indeks Kewangan melonjak 144.30 mata kepada 14,355.76.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 936.78 juta unit bernilai RM1.79 bilion daripada 756.36 juta unit bernilai RM1.44 bilion kelmarin.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan naik kepada 386.37 juta saham bernilai RM38.26 juta daripada 254.32 juta saham bernilai RM28.63 juta sebelumnya.

Waran, bagaimanap­un, berkuranga­n kepada 242.77 juta unit bernilai RM49.02 juta daripada 249.54 juta unit bernilai RM44.53 juta kelmarin.

Barangan pengguna menguasai 42.27 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (226.10 juta), pembinaan (53.81 juta), dagangan dan perkhidmat­an (363.16 juta), teknologi (24.88 juta), infrastruk­tur (15.42 juta), SPAC (41.10 juta), kewangan (54.50 juta), hotel (74,800), hartanah (60.80 juta), perladanga­n (27.05 juta), perlombong­an (24,500), REIT (27.53 juta) dan tertutup/dana (65,800).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia