Berita Harian

Prestasi ekonomi AS, Fed lonjak pasaran

-

jangkaan terhadap data pengilanga­n di New York mengimbang­i berita bahawa pengeluara­n kilang secara keseluruha­n berkembang untuk kali ketiga dalam tempoh empat bulan.

Sementara, pelabur global menjangka kadar faedah AS akan meningkat pada akhir tahun ini, ia mencetuska­n jangkaan mengenai kadar kenaikan selepas Disember.

Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer, berkata kadar faedah mungkin akan dibayangi oleh beberapa faktor, termasuk pertumbuha­n ekonomi domestik dan luar yang lemah dan pelaburan korporat yang rendah.

Berita itu menambahka­n lagi tekanan aliran menurun kepada dolar AS, yang jatuh berbanding yen, euro dan juga pound di New York.

Sementara ia meningkat sedikit berbanding yen di Asia semalam, dolar AS terus berdepan tekanan berbanding euro dan pound.

Pasaran saham serantau rali dengan prospek akan terus rendah untuk jangka panjang.

Tokyo ditutup 0.4 peratus lebih tinggi kerana dolar mengurangk­an kejatuhan yang dicatatkan pada awal dagangan berbanding yen.

Hong Kong ditutup 1.6 peratus lebih tinggi dan Shanghai ditutup naik 1.4 peratus.

Sydney meningkat 0.4 peratus dan Seoul naik 0.6 peratus.

Pada awal dagangan Eropah, London meningkat 0.6 peratus, Frankfurt melonjak 0.5 peratus dan Paris naik 0.7 peratus.

“Kita dijangka melihat perdaganga­n turun naik yang sedikit tidak menentu sehingga risiko reda, seperti sesi akhir debat presiden,” kata penganalis­is Rivkin Securities yang berpangkal­an di Sydney, James Woods kepada Bloomberg News.

“Momentum dilihat meningkat bagi kenaikan kadar pada Disember oleh Fed,” katanya.

Perhatian akan beralih kepada perangkaan pertumbuha­n ekonomi China bagi suku ketiga, dengan kaji selidik AFP menjangkak­an pertumbuha­n perlahan berbanding suku sebelumnya.

 ?? [FOTO AFP] ?? Pasaran Saham Asia meningkat New York dan Eropah. walaupun petunjuk negatif dari
[FOTO AFP] Pasaran Saham Asia meningkat New York dan Eropah. walaupun petunjuk negatif dari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia