Berita Harian

Pesona gaya pakaianhar­ian

-

Jenama sedia pakai (RTW) popular, J Casual rekaan Jovian Mandagie tampil dengan suntikan pembaharua­n kepada pakaian harian wanita turut menampilka­n pelbagai gaya, namun mengutamak­an keselesaan.

Koleksi ini menyediaka­n pelbagai pilihan untuk wanita menerapkan gaya ‘edgy’ dengan rangkaian pakaian asas untuk ke pejabat dan majlis malam yang memiliki sentuhan anggun di samping kelihatan kontempora­ri.

Jovian yang juga

Ketua Pegawai Eksekutif syarikatny­a, mengakui tidak pernah bosan dalam mencipta sesuatu yang baharu dan mempunyai inspirasi untuk membuat wanita kelihatan bergaya dan mempesona.

Katanya, dengan adanya koleksi ini ia akan menambahka­n personalit­i dan keyakinan setiap wanita untuk tampak lebih hebat setiap hari, seterusnya membawakan penampilan unik untuk koleksi harian wanita yang dapat memberikan manfaat berguna.

“Koleksi ini praktikal dan fabrik dipilih sesuai dengan cuaca di Malaysia seperti kapas campuran, satin, sifon berat, ‘krepe’, ‘linen’ dan sentuhan kain renda,” katanya ditemui baru-baru ini.

Koleksi ini sesuai bagi mereka yang mengagumi gaya minimal dan disarung dalam apa juga situasi serta menyerlahk­an personalit­i masing-masing.

Rekaan eksklusif ini mempunyai banyak pilihan bagi wanita untuk kelihatan bergaya dengan ‘top’ ringkas, potongan seluar ‘pensel’ dan busana beralun, sebagai salah satu pilihan utama pakaian yang harus direbut, pada musim ini.

Jovian berkata, penggunaan warna pastel adalah pilihan sesuai untuk setiap simpanan almari pakaian wanita Muslimah. Katanya lagi, penampilan sebegini seiring ‘mood’ akhir tahun yang bakal tiba tidak lama lagi.

“J Casual ini amat mengujakan kerana ia berlainan daripada koleksi yang pernah dikeluarka­n sebelum ini. Ia sesuai dipakai bukan saja ketika sambutan perayaan tetapi pada bila-bila masa. Inilah sebabnya mengapa ia memberikan impak besar dan bermakna daripada yang lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia