Berita Harian

Revolusi fesyen jeans denim

Rekaan selesa, potongan moden lebih mudah disuai padan

-

Identiti jeans denim sinonim dengan jenama Levi’s. Kekuatan jenama ini yang mula dibina sejak 1873 dan terus kukuh sehingga ke hari ini.

Jeans ini melalui pelbagai revolusi dan terbaharu jeans Levi’s® 511™ Slim untuk lelaki dan jeans 711 Skinny untuk wanita.

Kedua-dua jeans 511™ Slim dan 711 Skinny seperti koleksi wajib yang perlu ada di dalam almari baju setiap lelaki dan wanita.

Mudah digayakan mengikut cita rasa, jeans klasik moden ini cukup versatil untuk disuai padan tanpa kelihatan janggal.

Ranggi dan moden

Koleksi untuk lelaki mempunyai potongan moden tirus yang tidak terlalu ketat malah selesa dan mudah untuk bergerak.

Ia dimantapka­n lagi dengan penggunaan fabrik denim heavyweigh­t 17 oz dan premium selvedge.

Kemasan jeans ini mendapat inspirasi daripada aktiviti luar yang lasak, ranggi dan moden.

Untuk wanita, potongan 711 Skinny adalah pilihan paling secocok untuk mengubah reka gaya penampilan.

Setiap wanita perlu yakin pada diri dan rasa hebat menggayaka­n jeans Skinny.

Justeru, ciptaanya sepadat muat. Jeans 711 Skinny kini diperkemas dengan sentuhan premium menggabung­kan denim selvedge Itali mudah regang dan fabrik Tencel lembut.

Gaya unik

Melalui pelbagai kemasan berinspira­sikan klasik, ia memartabat­kan jeans kegemaran anda.

Levi’s berkolabor­asi dengan lima penata gaya terunggul di Malaysia iaitu Wee Chee; Colin Sim; Min Luna; Ethan Chu dan Sheryl Oon untuk mencipta gaya istimewa yang akan memberi inspirasi kepada pengguna dan peminat tegar jeans untuk menyerlahk­an lagi gaya pemakaian masing-masing.

Setiap penata gaya dipasangka­n dengan model untuk menterjema­hkan tiga gaya unik bagi mewakil genre fesyen yang berbeza.

 ??  ??
 ??  ?? 711 Skinny
711 Skinny
 ??  ?? 511™ Slim
511™ Slim
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia