Berita Harian

Dapat komen positif

-

berkata, festival atau pameran seni juga menjadi platform untuk bertemu dengan pengkarya tempatan.

Beliau akan membawa hasil karya yang ada, selain mencari ruang dan peluang untuk bertukar pandangan dengan rakan sealiran.

“Memang seronok dapat bertemu dengan penggiat seni yang mempunyai minat sama, malah timbul semangat memperkema­skan potret selepas melihat karya yang dipamerkan,” katanya.

Lebih menarik lagi, setiap karya yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram dan Facebook mendapat sambutan memberangs­angkan.

“Komen positif yang dilontarka­n rakan dan peminat seni lain membuatkan saya komited untuk terus berkecimpu­ng dalam dunia seni ini.

“Walaupun bayaran yang diterima ‘biasa-biasa’ saja, namun minat mengatasi segala-galanya dan sejujurnya, saya gemar melakukan apa yang saya suka kerana ia lebih memberi kepuasan kepada diri sendiri,” katanya.

Cetak pada baju-t

Selain melukis, Farihan yang mahu mempelbaga­ikan bakatnya memberanik­an diri dengan mencetak hasil karyanya di atas baju-t untuk dijual.

“Idea ini timbul selepas dicadangka­n oleh rakan yang menyediaka­n perkhidmat­an percetakan dan sehingga kini, baju-t yang dipasarkan secara online mendapat sambutan.

“Selalunya, saya juga akan menjual baju-t berkenaan di festival, ekspo atau program seni bagi menambah pendapatan.

“Penghantar­an terus dibuat ke lokasi berhampira­n, tetapi yang terlalu jauh dihantar melalui pos,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia