Berita Harian

Anak risau hadapi konflik ibu bapa

Nenek sering hubungi untuk dapatkan maklumat terkini

-

Memang tidak dinafikan apabila sesebuah keluarga di dalam konflik perpisahan, anak-anak sering menjadi bahan rujukan kepada ahli keluarga yang lain.

Malah, sebagai anak sulung, Alya dianggap orang yang paling dekat dengan ibu bapa dan adik-adik yang lain. Sudah tentulah ahli keluarga rapat, mahupun sahabat handai inginkan cerita sahih mengenai konflik yang sedang berlaku.

Ketika ini, Alya haruslah bertindak bijak supaya tindakan Alya tidak menyakiti mana-mana pihak.

Walaupun agak sukar, namun sebagai anak sulung boleh menjadi orang tengah antara konflik ibu bapa dengan ahli keluarga yang lain, khususnya nenek Alya.

Nenek ambil berat

Sebagai seorang ibu, sudah tentu nenek Alya mengambil berat mengenai apa yang sedang dilalui anaknya. Nenek Alya juga bimbang dengan cucu yang harus berhadapan masalah ibu bapa mereka.

Terlalu banyak kerisauan di dalam fikiran nenek Alya sehingga beliau sendiri ingin tahu perkembang­an yang berlaku pada setiap waktu. Nenek Alya ingin memastikan ayah dan ibu berada dalam keadaan rasional ketika keputusan dibuat, pada masa yang sama

Alya dan adik-adik berada dalam keadaan selamat.

Bagi mententera­mkan perasaan dan kerisauan nenek, mungkin Alya boleh menjawab persoalan yang ditanya nenek, tanpa memihak kepada sesiapa.

Jawab soalan nenek dengan tenang dan baik supaya keadaan yang keruh tidak menjadi bertambah kusut. Alya juga boleh meminta agar nenek mendoakan yang baik-baik untuk Alya dan adik-adik khu- susnya untuk ibu bapa Alya.

Katakan kepada nenek, pada masa ini, sebagai anak, Alya dan adik-adik hanya mampu berdoa agar mereka dapat membuat keputusan rasional dan pada masa yang sama nenek Alya sebagai ibu juga mempunyai syafaat yang tinggi dalam mendoakan kesejahter­aan anak.

Beri sedikit keyakinan

Dengan mendengar jawapan Alya yang matang dan tenang dapat memberi sedikit keyakinan kepada nenek bahawa Alya dan keluarga sedang melalui keadaan ini dengan cara yang baik.

Kemungkina­n selepas ini, nenek Alya kurang bertanyaka­n keadaan ibu bapa kerana beliau yakin bahawa semuanya dalam keadaan terkawal. Alya juga haruslah bersikap terbuka dengan keadaan yang sedang berlaku.

Semoga Alya dan adikadik dapat menerima segala keputusan yang dibuat dengan matang dan ibu bapa juga dapat mengatasi konflik yang sedang mereka hadapi dengan rasional dan sebaik mungkin.

 ?? [GAMBAR HIASAN ] ??
[GAMBAR HIASAN ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia