Berita Harian

Titisan air mata bintang Doctors

-

Bintang Doctors, Kim Rae Won, menangis terharu di hadapan lebih 5,000 peminat di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini, Rabu lalu, sebaik saja difahamkan ada yang ‘berkampung’ di hadapan pentas sebaik pintu premis dibuka.

Pengorbana­n penyokong setia yang sanggup mengorbank­an masa, tenaga dan wang sematamata ingin melihatnya secara dekat membuatkan air mata lelaki berusia 35 tahun itu tumpah.

Nyata penangan drama bersiri romantis, Doctors, yang menggandin­gkannya dengan Park Shin Hye bukan sekadar fenomena di Korea Selatan, malah di seluruh pelosok Asia termasuk Malaysia.

Tidak hairan, program

yang berlangsun­g kirakira jam 7 malam itu menghimpun­kan kelompok pengikutny­a yang difahamkan datang dari seluruh negara.

Berbahasa Melayu

Seperti watak Hong Jihong di layar kaca, secara peribadi aura lelaki budiman jelas terserlah daripada tutur bicaranya, malah melihat lautan peminat, bibirnya tidak hentihenti meluahkan ucapan terima kasih.

Barangkali mereka yang berada di hadapan jejaka tinggi lampai itu boleh jatuh cinta berulangka­li sebaik saja bintang kesayangan mereka membuka mulut dan cuba berbual dalam bahasa Malaysia.

“Nama saya Kim Rae Won. Terima kasih kerana datang,” luahnya bersahaja sekali gus mengundang sorakan ramai hingga bergema di seluruh pusat belibelah berkenaan.

“Inilah kunjungan pertama saya ke Malaysia. Saya sangat terkejut melihat ramai peminat berada di sini, hari ini. Saya dimaklumka­n, ada yang menanti saya sejak pagi tadi. Terima kasih sekali lagi,” katanya.

Hargai sokongan peminat

Dikendalik­an saluran

One HD, Rae Won yang diterbangk­an ke Kuala Lumpur sehari sebelum acara sempat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke20 Astro di Bukit Jalil pada hari sama.

Biarpun jadualnya padat sepanjang hari, bermula dengan temu bual bersama media seawal jam 9 pagi disusuli acara di stesen saluran berbayar terbabit sebelum sesi berkenaan, wajahnya tetap terukir dengan senyuman.

Walaupun masa sangat terhad, beliau enggan mengecewak­an peminat apabila turut berkongsi pengalaman sepanjang menjayakan drama berantai yang baharu tamat musim pertamanya, Jun lalu.

“Sebenarnya saya agak rasa bersalah kerana tidak dapat turut serta rakan lain mengadakan promosi. Jadual kerja yang cukup ketat, termasuk perlu ke lokasi penggambar­an sebuah lagi drama, membuatkan saya tidak dapat turun padang.

“Apa pun saya sangat berbesar hati melihat sokongan ramai sejak Doctors disiarkan. Setiap ucapan yang kami terima, termasuk daripada laman sosial menaikkan semangat kami. Ia juga menunjukka­n Doctors disukai semua orang,” tambah aktor yang menceburi bidang seni sejak tahun

1997.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia