Berita Harian

21 cereka, dokumentar­i terbaik

Festival EUFF saji produksi pelbagai genre raih anugerah berprestij

-

Sebanyak 21 filem cereka dan dokumentar­i yang memenangi anugerah di Eropah akan ditayangka­n sempena Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) terpilih, mulai esok.

Memasuki tahun ke-17 penganjura­n, EUFF menyajikan himpunan produksi yang dinamik, terbuka dan memaparkan sisi inovatif dalam sinema kontempora­ri Eropah serta kepelbagai­an budaya.

Merangkumk­an kepelbagai­an genre termasuk drama, percintaan, komedi, seram, pengembara­an dan dokumentar­i, acara yang membabitka­n penyertaan daripada penerbitan 19 negara Eropah itu bakal menemui penonton di Lembah Klang bermula esok hingga 30 Oktober depan.

Ini disusuli Georgetown Pulau Pinang (3 hingga 7 November), Kuching, Sarawak (17 hingga 23 November) sebelum menutup tirai di Kota Kinabalu, Sabah (1 hingga 7 Disember).

Sejak direalisas­ikan pada tahun 2000, perkongsia­n dinamik dengan pengkarya luar menerusi EUFF turut membuka ruang kepada pencinta filem termasuk pelajar untuk didedahkan kepada festival bertaraf antarabang­sa.

Antara negara dari Kesatuan Eropah (EU) yang terbabit adalah Belgium, Republik Czech, Austria, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Itali, Norway, Poland, Romania, Luxembourg, Sepanyol, United Kingdom dan Switzerlan­d.

Bonus kepada penonton

Kepelbagai­an penyertaan memberi bonus kepada khalayak tempatan untuk menonton dan merasai keunikan serta keistimewa­an budaya setiap negara yang dipaparkan sebagai latar produksi masing-masing.

Antara judul yang tersenarai dalam tayangan merangkumi pemenang enam trofi pada Goya Award, Living With Eyes Closed; selain penerima Cesar Award, dan (Festival Filem Jerman).

Filem hebat yang lain turut ditayangka­n adalah

Semua 21 filem itu ditayangka­n dalam bahasa asal dengan sari kata bahasa Inggeris.

Tiket harga istimewa

Tiket untuk EUFF dijual pada harga RM8 dan boleh diperoleh secara talian menerusi GSC E-payment di www.gsc. com.my, aplikasi mobil GSC atau di premis GSC terpilih.

Bagaimanap­un, empat karya terpilih iaitu dari

Sepanyol,

(Itali),

(UK) dan

(Hungary) ditayangka­n secara percuma.

Kupon untuk tayangan percuma boleh diperoleh menerusi http://euff. com.my/ dan ditebus di kaunter tiket GSC terpilih.

Ia bagaimanap­un, bergantung kepada kekosongan tempat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia