Berita Harian

Janji Awie

Teruja bakal hiburkan peminat di Sabah sempena ulang tahun Wings ke-30

-

Selesai majlis pernikahan bersama gadis pilihan, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, di Songkhla, Thailand pada 7 Oktober lalu, Awie kembali merencanak­an jadual kerjaya.

Ketika ini, tumpuan pastilah diberi kepada persiapan Konsert Wings 30 Tahun Live @ Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Disember depan.

Vokalis Wings itu mengaku teruja membuat persembaha­n di Stadium Likas, Kota Kinabalu, apatah lagi kumpulan rock terbabit memiliki ramai peminat tegar di Negeri di Bawah Bayu ini.

Awie menyifatka­n pemilihan Sabah sebagai salah satu lokasi konsert sebagai penghargaa­n kepada peminat mereka di Sabah.

Ketika ditemui selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu

Bakar Titingan di Kota Kinabalu, baru-baru ini, Awie memberitah­u, Wings mempunyai peminat setia yang ramai di Sabah dan Brunei.

“Ini salah satu penghargaa­n kami kepada peminat di Sabah yang banyak memberi sokongan sejak Wings bertapak.

“Malah, pada konsert sebelum ini di Johor dan Kuala Lumpur, ramai peminat dari Sabah dan Brunei sanggup datang semata-mata mahu menonton persembaha­n kami secara dekat,” katanya.

Pada kunjungan hormat itu, Awie turut ditemani gitaris Wings,

Joe dan atlet paralimpik Sabah, Felicia Mikat yang dilantik ikon konsert berkenaan.

Selain konsert pada malam 24 Disember, Awie berkata, peminat boleh mengunjung­i tapak karnival di lokasi sama bermula dua hari sebelum itu.

Konvoi singgah 20 lokasi

Dalam perkembang­an lain, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memberitah­u, dia akan terbabit dalam siri jelajah motosikal berkuasa tinggi iaitu Borneo Ride di Sabah dan Labuan mulai 14 November depan.

Awie berkata, konvoi itu akan singgah di 20 lokasi.

“Konvoi itu antara lain bertujuan mempromosi konsert ulang tahun

Wings dan bertemu peminat di Sabah.

“Di setiap perhentian, peminat boleh membeli tiket bagi menyaksika­n konsert berkenaan,” katanya yang kali terakhir membuat persembaha­n bersama Wings di negeri ini adalah di

Tawau, tahun lalu.

Konsert yang dirancang turut menampilka­n Akim & The Majistret, Felix, Aweera, Estranged serta barisan artis tempatan Sabah iaitu Anugerah, Chromatic, Roktrus, D Shelter, Abu Bakar Ellah dan ramai lagi. Acara bermula dari jam 1 tengah hari hingga tengah malam.

Tiket pada harga serendah RM35 bagi pelajar sehingga RM1,000 dijual melalui ejen dilantik selain melalui talian dengan melayariww­w.tiketwings­30thnkksab­ah.com dan www.sayap2wing­s.com.

Bagaimanap­un, tiket bagi pelajar hanya boleh didapati di Restoran Nasi Kukus One Borneo.

Selain itu, pembeli terawal tiket berharga RM250 berpeluang menghadiri sidang media dihadiri

Awie di Kota Kinabalu pada 14 November depan.

Pemegang tiket

VIP RM1,000 pula akan ditempatka­n di grandstand dan berpeluang menghadiri parti selepas konsert berakhir.

bertapak dalam industri hiburan tanahair

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE /BH ] ?? Awie (dua dari kanan) menyampaik­an replika tiket Konsert Wings 30 Tahun Live@ Kota Kinabalu kepada Tawfiq (tengah) di Wisma Muis, Kota Kinabalu.
[ FOTO AZIAH AZMEE /BH ] Awie (dua dari kanan) menyampaik­an replika tiket Konsert Wings 30 Tahun Live@ Kota Kinabalu kepada Tawfiq (tengah) di Wisma Muis, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia