Berita Harian

Gegaran bermula

Peserta musim ketiga GV tunjuk belang pada konsert pertama

-

Adrenalin penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sepanjang lebih dua jam menonton konsert pertama

yang berlangsun­g Ahad lalu, mengalir laju dek keterujaan dengan persembaha­n mantap yang ditampilka­n kesemua 12 peserta bertanding.

Daripada persembaha­n pertama yang menampilka­n penyanyi terkenal dengan vokal mantap,

Nora, sehingga artis terakhir, Ameng Spring, ia membuatkan penonton menyanyi dan berdansa bersama-sama bintang kegemaran mereka tanpa perlu diminta berbuat demikian. Tepukan dan sorakan gemuruh pula bergema setiap kali peserta tamat mengadakan persembaha­n.

Senario dan situasi itu menjadi justifikas­i paling nyata penyanyi lama mempunyai aura luar biasa dan kemampuan tersendiri dalam menyampaik­an lagu mereka. Semuanya tercipta menerusi pengalaman yang dimiliki masing-masing, dengan sebahagian­nya sudah lebih 20 tahun berada dalam industri seni.

Usah berhenti menyanyi

Barisan juri pada malam berkenaan iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Yusof Haslam, turut mengakui kehebatan kesemua penyanyi yang bersaing pada kali ini. Mereka acap kali kedengaran meminta supaya penyanyi terbabit tidak berhenti daripada memeriahka­n dunia seni suara dengan menyepikan diri.

“Kamu sudah lama tidak menyanyi dan hari ini saya lihat kamu penyanyi dengan baik sekali dan kali pertama saya dengar lagu kamu, saya suka. Jangan berhenti menyanyi, kamu perlu bersaing dengan penyanyi baharu hari ini.

“Saya rasa kamu semua tidak perlu beri laluan kepada penyanyi baharu, kamu kena muncul dan teruskan menyanyi,” kata Yusof kepada Azharina dan beberapa peserta lain.

Perbezaan markah sangat kecil

Pengurus Saluran Astro

Ria, Raqim Ahmad, ketika ditemui berkata, beliau gembira dengan sambutan hangat diberikan penonton, selain hakikat ia menjadi trending seluruh dunia kala konsert berlangsun­g.

“Kita gembira dengan sambutan hangat yang terus diberikan seperti musimlalu. Peserta kali ini juga diakui mempunyai kekuatan masing-masing dan kualiti yang sangat bagus,

“Saya rasa juri akan mempunyai tugasan yang berat untuk menilai peserta berdasarka­n prestasi yang mereka pamerkan pada malam ini,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n kedudukan peserta pada hujung persembaha­n, ia menyaksika­n persaingan sengit dengan hanya perbezaan mata sangat kecil antara satu sama lain.

Raqim menambah, peserta akan bersaing selama lapan minggu mengikut tema yang ditetapkan. Masing-masing bakal diuji dengan lagu daripada pelbagai genre mengikut senarai yang sudah dipilih oleh mereka sebaik saja penyanyi berkenaan diumumkan berjaya menyertai GV3.

“Mereka sudah memilih lagu mereka tersendiri, cuma mungkin ada antara mereka yang memilih lagu sama, jadi debaran ketika proses Ada Lagu

Ada Lagi setiap hujung konsert tetap ada.

“Begitu juga dengan imuniti, kita masih dalam perbincang­an dengan pihak penaja iaitu Datuk Seri Vida dan akan mengumumka­nnya kemudian,” katanya.

Cabaran sebenar bermula minggu kedua

Sementara itu, Ramli ketika diminta mengulas mengenai persembaha­n semua peserta pada minggu pertama berkata, masing-masing hebat dengan lagu milik sendiri.

Beliau turut mengakui sukar untuk membuat penilaian menerusi keupayaan dipamerkan oleh peserta bertanding.

Namun, tegasnya, cabaran sebenar bermula pada konsert kedua Ahad ini, apabila mereka menyanyika­n lagu artis lain yang tidak pernah dinyanyika­n sebelum ini.

“Minggu depan, anda sendiri boleh menilai siapa yang bagus atau tidak kerana mereka berdepan dengan cabaran sebenar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Nabil dan Jihan kekal sebagai pengacara Gegar Vaganza musim ketiga.
Nabil dan Jihan kekal sebagai pengacara Gegar Vaganza musim ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia