Berita Harian

Usaha Sarah berbaloi

-

Raisuddin yang berada di kedudukan pertama pada konsert sulung berkata, beliau sendiri terkejut dengan keputusan itu, namun mengakui ia berbaloi dengan usaha serta latihan yang dilakukan.

“Saya memang gementar kerana sudah lama tidak menyanyi di pentas besar seperti ini. Jujurnya, saya rasa seperti memegang lesung batu ketika mikrofon diserahkan kepada saya.

“Saya tahu setiap peserta yang bertanding mempunyai kekuatan vokal tersendiri dan berpengala­man luas dalam bidang seni. Bagi saya, ia menjadi cabaran untuk saya terus berikan yang terbaik setiap minggu,” katanya.

Nora tak pernah anggap diri bagus

Nora yang dilihat meletakkan penanda aras sebagai peserta pertama minggu lalu dengan kredibilit­i vokal mantapnya, tetap merendah diri dan menganggap dirinya tidak sempurna.

“Saya biasa saja dan tidak pernah anggap saya bagus. Jujurnya, saya juga gementar sebagai peserta pertama membuat persembaha­n dan berdepan dengan penonton,” katanya.

Kala ditanya persediaan dirinya sebagai penyanyi yang dilihat berada pada kelas tersendiri dalam pertanding­an itu, isteri kepada komposer Johan Nawawi ini berkata, beliau akan sentiasa berusaha memberikan persembaha­n terbaik setiap minggu.

“Bagi saya, masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Begitupun, saya berjanji untuk memberikan yang terbaik. Menang atau kalah itu adat, saya sudah lalui semuanya ketika bersaing di beberapa anugerah besar sebelum ini,” katanya penuh makna.

Pada konsert kedua 23 Oktober ini, peserta bakal bersaing dengan tema Memori Berkasih.

 ??  ?? Nora
Nora
 ??  ?? Sarah menampilka­n persembaha­n yang memukau.
Sarah menampilka­n persembaha­n yang memukau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia