Berita Harian

Bangkit semula

Lempar jauh episod hitam dalam hidup, Tasha Shilla mahu jadi insan lebih baik

-

Membina laluan yang meyakinkan pada permulaan kerjayanya, namun himpunan kontrovers­i yang berterusan menghimpit hampir menoktahka­n langkah seni Tasha Shilla.

Sepanjang tahun lalu, anak kelahiran Ampang, Selangor sering menjadi fokus hangat di laman sosial hingga tumpuan khalayak tidak lagi terarah kepada perjalanan kerjayanya.

Kesan kontrovers­i itu juga, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Ratu

hampir lenyap dari radar industri hiburan. Tawaran perlahan-lahan menjauhi mendesak Tasha untuk kembali bergelut memulihkan semula reputasi gara-gara hilang percaturan diri.

Hampir setahun dirinya berusaha, mengutip semula kekuatan untuk berdiri kukuh, Tasha akhirnya mampu menghela nafas lega apabila kepercayaa­n kembali bertandang. Bakat yang setahun lalu dipandang sepi kembali menyerlah apabila satu demi satu tawaran mendekati.

Keluarga sentiasa di sisi

“Semua yang saya lalui dulu adalah dugaan hidup. Bohong jika saya tidak sedih dan risau, namun sebagai manusia, saya perlu hadapi serta terus berjalan tanpa henti. Saya cukup terkesan dengan kontrovers­i yang melanda, malah hampir hilang pertimbang­an diri.

“Alhamdulil­lah ketika saya dalam kesusahan, keluarga sentiasa di sisi. Saya beruntung kerana peminat juga tidak menjauhi, sebaliknya sentiasa memberi sokongan supaya saya segera bangkit meneruskan langkah yang hampir terhenti,” katanya.

Peluang kedua yang diberikan, membulatka­n tekadnya untuk membina semula reputasi seperti awal kemunculan­nya hampir sedekad lalu. Tasha mahu bakatnya dilihat dan dihargai, bukan lagi mengabdika­n diri kepada isu sensasi untuk meraih perhatian khalayak.

“Silap saya kerana membiarkan diri hanyut dan terjebak dalam kontrovers­i yang tidak berkesudah­an. Semua itu bukan kemahuan, malah saya juga tidak ingin ia berlaku. Sekarang fokus saya adalah diri, keluarga dan kerjaya. Hal lain saya serahkan kepada Yang

Maha Esa,” katanya.

Enggan dihanyut cinta

Pelakon bermata galak ini juga berjanji untuk tidak lagi asyik membiarkan lagi dirinya dihanyut cinta. Mengenang episod percintaan lalu yang penuh duri dan rintangan, membuatkan Tasha trauma.

Kisah cinta yang tidak kesampaian, seterusnya mengheret Tasha terjebak dalam pelbagai kisah panas membuat Tasha enggan lagi meletakkan cinta sebagai fokus utama.

Akui Tasha, dirinya kini bahagia bersendiri­an malah lebih bebas menentukan haluan hidupnya.

“Cinta bukan lagi keutamaan, malah saya tidak mahu berterusan mengejar sesuatu yang tidak pasti. Biarlah nanti apabila tiba masa, perasaan itu hadir dengan sendiri. Ketika ini, banyak perkara lain yang perlu saya dahulukan terutama hal berkaitan kerjaya,” tegasnya.

Tasha bagaimanap­un tidak menafikan, masih ada lelaki yang tidak pernah jemu menghulur salam perkenalan. Bahkan, ada yang lebih berani datang melamar untuk menjadikan­nya suri hati.

“Tiada guna saya menipu kerana memang ada yang cuba serius mendekati. Ada di antara lelaki ini fikir, saya mudah digula-gulakan untuk menerima cinta mereka. Saya tidak memandangk­an kemewahan. Seandainya ditakdirka­n kembali bercinta, saya berharap dipertemuk­an dengan lelaki yang jujur.

“Saya mendambaka­n lelaki yang betul-betul bersedia mahu me mbimbing saya ke arah kebaikan,” katanya.

Kontrovers­i mematangka­n diri

Bakal melewati usia 30 tahun pada Januari depan, Tasha mengakui, kontrovers­i mematangka­nnya menguruska­n perjalanan masa depannya.

Andai dulu, masanya banyak dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah, kini 100 peratus fokus diberikan untuk memburu kecemerlan­gan.

Tasha berikrar untuk tidak lagi membiarkan dirinya bergeluman­g dengan kontrovers­i. Malah, tahun 2016 yang masih berbaki mahu diharungin­ya bersama tekad untuk menjadi manusia yang lebih baik berbanding semalam.

“Setiap insan melakukan kesilapan, begitu juga saya. Bagi saya, jangan takut mengakui kesilapan. Daripada situ, kita belajar memperbaik­i diri dan selebihnya serahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Paling penting, kita perlu sayangi dan hargai diri sebelum mengutamak­an keperluan lain,” katanya.

Cari kepuasan dengan teater

Terbaharu, Tasha bakal beraksi sebagai Puteri Perak dalam pementasan teater bersejarah Selangor, Putera La Galigo

pada Disember ini.

Tasha berkata, membintang­i teater adalah antara pencapaian terbesar dalam kerjaya lakonannya kerana sudah lama berharap untuk kembali beraksi selepas kali pertama mencuba dalam pementasan

Takhta Tiga Ratu.

“Lakonan teater memberikan impak dan kepuasan yang dicari-cari oleh seseorang pelakon. Teater mencabar bakat seni saya, terutama apabila dituntut bersilat dan menyanyi,” katanya.

Sedang sibuk di lokasi penggambar­an drama bersiri Diari Cinta Kita,

Tasha berkata, rutin hariannya semakin padat apabila terpaksa bergegas menghadiri latihan teater pada sebelah malam.

“Cabaran teater ini terlalu besar, tetapi saya akan terus berlatih memantapka­n diri sebelum beraksi di pentas sebenar,” katanya.

Tasha juga mengakui, dirinya semakin selektif dalam mencari watak yang ingin dibawa untuk memastikan kerjaya lakonannya menunjukka­n peningkata­n.

Tasha ingin dirinya nanti diingati peminat sebagai pelakon serba boleh.

 ??  ?? The Movie
The Movie
 ??  ?? Tasha Shilla, Pelakon Tasha bersama Elly Suriati ketika sidang media Teater ‘Putera La Li Go’ di Shah Alam Convention Centre (SACC).
Tasha Shilla, Pelakon Tasha bersama Elly Suriati ketika sidang media Teater ‘Putera La Li Go’ di Shah Alam Convention Centre (SACC).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia