Berita Harian

Belajar berkumpula­n banyak manfaat

Pelajar dapat bertukar idea bersama rakan lain, terutama subjek sukar

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

KMuka depan bhskor@bh.com.my ejayaan cemerlang tidak akan datang bergolek bahkan ia hanya mampu dikecapi sekiranya seseorang pelajar itu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merealisas­ikannya.

Oleh yang demikian, calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu melakukan persediaan sepenuhnya di samping menerapkan azam yang tinggi kerana pepatah ada menyebut belajar secara berkumpula­n memberikan banyak manfaat berguna khususnya untuk calon bertukar idea dan pandangan bersama rakan lain terutama membabitka­n mata pelajaran yang sukar.

Beliau berkata, kaedah ini secara tidak langsung akan dapat meningkatk­an keyakinan diri pelajar seterusnya mampu mewujudkan suasana pembelajar­an yang ceria dan menyeronok­kan.

“Ini merupakan suatu pendekatan yang lebih berstruktu­r dan berfokus di mana ahli kumpulan yang mahir dalam sesuatu topik mata pelajaran itu dapat membantu rakan mereka seperti pembelajar­an melibatkan topik yang mencabar.

Saling membantu

“Selain itu, ia juga dapat mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan ahli untuk saling membantu di samping bersaing secara sihat pada masa sama berupaya meningkatk­an kemahiran belajar secara lebih efisien,” katanya kepada BH SKOR, di sini baru-baru ini.

Katanya, pendekatan itu juga akan dapat mencapai matlamatny­a sekiranya setiap ahli memiliki komitmen tinggi serta berusaha gigih untuk melakar kejayaan terbaik dalam peperiksaa­n.

Encik Mohd Alihan berkata, pelbagai aktiviti pembelajar­an mengikut kesesuaian subjek juga boleh dilaksanak­an khususnya dalam menguji ketahanan minda calon.

“Ini termasuk melaksanak­an kuiz spontan, melukis dan menghafal, di samping menjawab soalan latihan secara lisan mahupun bertulis.

“Amalan belajar berkumpula­n ini perlu dimulakan lebih awal dan tidak hanya tertumpu ketika untuk menghadapi peperiksaa­n penting sahaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia