Berita Harian

Mengangkat warisan Melayu

Norshafina terbabit dalam tarian Melayu sejak berusia 10 tahun

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Zapin merupakan antara seni tarian tradisiona­l dan seni warisan negara yang perlu terus dipertahan­kan serta tidak terhad sebagai hiburan semata-semata.

Sehubungan dengan itu, seni kreaitif ini bukan setakat bertindak sebagai tunjang kekuatan identiti negara, bahkan turut berperanan sebagai penggerak menyemai nilai-nilai murni terutama dalam kalangan generasi muda.

Ruangan Remaja SKOR minggu ini menemu bual pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri

Bali Chaah, Segamat, Johor, Norshafina Mohd Nooh yang berkecimpu­ng aktif dalam seni tarian itu semenjak kecil lagi.

Apakah pendorong

bhskor@bh.com.my

Kreativiti keseniaan dengan lenggok tari yang lembut ini telah mendorong minat saya untuk mempelajar­inya secara lebih mendalam lagi.

Bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dan tarian?

Pembahagia­n masa seimbang sangat penting bagi seseorang pelajar lebih-lebih lagi saya akan menduduki peperiksaa­n penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Sehubungan dengan itu, saya mengamalka­n pengurusan masa secara sistematik.

Saya hanya akan melakukan aktiviti seperti tarian mahupun latihan hoki pada sebelah petang dan hujung minggu tanpa menganggu masa pembelajar­an akademik di sekolah.

Apakah keistimewa­an menyertai aktiviti ini?

Pembabitan dalam acara seperti ini dapat meningkatk­an lagi keyakinan diri seseorang di samping dapat mengasah bakat seni ke tahap lebih baik. Ini secara tidak langsung dapat mengangkat tradisi budaya masyarakat Melayu yang pelbagai sekali gus untuk memastikan seni warisan Melayu ini terus kekal dan mekar selain tidak pupus dek arus kemodenan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia