Berita Harian

MSU taja 10,000 peserta Seminar SPM 2016

Program pendidikan dengan kerjasama BH tingkat prestasi pelajar

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

l Kuala Lumpur

Uramai graduan berdaya saing itu sudah menjalin kerjasama dengan BH sejak 18 tahun lalu menerusi tajaan Akhbar Dalam Darjah (ADD), penganjura­n seminar serta pemberian Biasiswa MSUBH. Lebih membanggak­an lagi, peningkata­n bilangan peserta yang menghadiri program ilmu berkenaan meningkat setiap tahun membuktika­n penganjura­n MSU dengan BH itu terus mendapat sambutan menggalakk­an.

Antara lokasi yang sudah dianjurkan Seminar Skor A tajaan MSU dengan kerjasama BH sepanjang tahun ini, termasuk Melaka, Kemaman, Sandakan, Kulim, Shah Alam, Taiping, Kuching dan Arau.

Seminar Skor A di Kampus Induk MSU, Shah Alam pula menerima paling ramai peserta iaitu kirakira 2,000 calon SPM membabitka­n enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

Elemen 4C

Yang turut hadir pada majlis perasmian seminar itu, Presiden MSU, Prof

Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; Naib Presiden Perhubunga­n Korporat dan Antarabang­sa MSU, Datuk Rosli Yusof dan Pengarah Institusi Collegiate dan Antarabang­sa MSU, Miskiah Tijan.

Dr Mohd Shukri ketika berucap merasmikan seminar itu, dipetik sebagai berkata, golongan pelajar harus memiliki elemen 4C untuk tampil menjadi individu cemerlang akademik dan serba boleh, melangkaui keupayaan usia sebenar.

Beliau berkata, elemen 4C itu, 'Critical Thinking' (Pemikiran Kritikal), 'Creative' (Kreatif), 'Collaborat­ive (Kolaborati­f)' dan 'Communicat­ion Skills' (Kemahiran Komunikasi), mampu melahirkan seorang pelajar yang bukan saja berfikiran positif dan bijak, tetapi mempunyai idea bernas.

"Dengan memiliki empat elemen ini, pelajar mampu berdiri selangkah ke hadapan berbanding usia sebenar, malah berpotensi besar untuk cemerlang di peringkat universiti dan menjadi pemimpin berjaya," katanya.

 ??  ?? Shah Alam
Shah Alam
 ??  ?? Kulim Sekitar Seminar Skor A tajaan MSU dengan kerjasama BH di
Shah Alam, Selangor; Kuching, Sarawak; Sandakan, Sabah; Kulim, Kedah dan Kemaman, Terengganu.
Kulim Sekitar Seminar Skor A tajaan MSU dengan kerjasama BH di Shah Alam, Selangor; Kuching, Sarawak; Sandakan, Sabah; Kulim, Kedah dan Kemaman, Terengganu.
 ??  ?? Kuching
Kuching
 ??  ?? Sandakan
Sandakan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia