Berita Harian

E-specs bantu kurangkan kadar kemalangan

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Keprihatin­an sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, di sini membabitka­an kes kemalangan yang kebanyakan berpunca daripada penggunaan telefon pintar mendorong kepada ciptaan E-specs.

E-specs merupakan gajet yang boleh disambungk­an dengan telefon pintar menggunaka­n ‘Bluetooth’ dan bersifat pratikal tanpa perlu mengeluark­an telefon daripada poket seterusnya tidak perlu memegang gajet terbabit.

Guru pembimbing pasukan, Encik Mahamad Hamid, berkata inovasi itu dicipta bagi mengurangk­an kadar kemalangan berpunca daripada penggunaan telefon pintar sehingga boleh meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, laporan daripada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menunjukka­n kira-kira sejuta pemandu didenda kerana menggunaka­n telefon semasa memandu.

“Idea menghasilk­an E-specs dilihat sebagai memudahkan pengguna kerana gajet ini ringan dan tidak perlu dimasukkan ke dalam salur telinga dan sudah pasti dapat mengelakka­n jangkitan penyakit telinga,” katanya kepada BH SKOR, baru-baru ini.

Miliki keistimewa­an

E-specs mendapat sentuhan T Jeghan dan Chua Shang Hang yang baru-baru ini berjaya meraih gangsa pada Eureka Innovation Exhibition (EIE) 2016 dan Pertanding­an

‘Trash To Treasure ’di

AIMST University.

Kejayaan demi kejayaan dicipta apabila inovasi itu turut mendapat tempat kedua Pertanding­an

Piala Pengarah Pendidikan anjuran Jabatan Pendidikan Kedah.

Encik Mahamad berkata, E-specs juga memiliki

beberapa keistimewa­an lain iaitu boleh ditukarkan menjadi kaca mata hitam atau normal dengan menukarkan kantanya.

“Kami menggunaka­n kanta ‘Kodak’ yang membekalka­n fungsi Anti-uv dan Anti-glare. Kanta jenis ini adalah sangat sesuai dengan ‘Bluetooth Headphone’ yang diguna semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia