Berita Harian

Ceria dan harmoni

-

Kuala Lumpur:

Pembelajar­an Abad 21 (PA21) merupakan elemen penting dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia

(PPPM) (2013-2025) sekali gus platform melahirkan golongan pelajar yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sehubungan dengan itu, Kelas Empat Sains Sosial (SS1) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Permaisuri, di sini, mengetenga­hkan konsep kelas yang ceria dan harmoni seterusnya memberi keseronoka­n kepada pelajar menerusi sesi pengajaran dan pembelajar­an (PDP).

Guru kelas berkenaan, Puan Siti Aidah Rosli, berkata sudut kreatif yang ditampilka­n adalah hasil idea dirinya bersama-sama pelajar kelas itu yang turut mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah, Encik Mohd

Haizir Mohd Salleh.

“Kelas kami adalah rintis kepada kelas lain di sekolah ini ke arah pelaksanaa­n PA21. Penggunaan elemen warna kuning yang digunakan pada dinding kelas adalah untuk membangkit­kan lagi semangat pelajar supaya terus belajar dengan bersungguh-sungguh.

Dapat sokongan PIBG

“Kami berasa amat bertuah kerana sokongan yang diberikan terutama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat mengalakka­n. Malah, pelajar turut memberikan kerjasama khususnya dalam mencantikk­an kelas yang dilaksanak­an pada hujung minggu,” katanya kepada BH SKOR, baru-baru ini.

Beliau berkata, apa yang lebih penting pelajar perlu memanfaatk­an kemudahan yang disediakan dalam kelas itu dengan sebaiknya selain berharap lebih banyak kelas lain yang akan menyahut cabaran mengikuti pelaksanaa­n PA21.

“Kami juga menyediaka­n alat bantuan mengajar seperti penggunaan

LCD dan komputer

(chrome book) sekali gus untuk memudahkan pelajar mencari sesuatu bahan dan maklumat berkaitan pembelajar­an.

“Di samping itu, kami juga telah menggunaka­n Pembelajar­an Persekitar­an Maya Frog (VLE FROG) sejak tiga tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? dekorasi menarik di dalam kelas Abad 21 SMK Seri Permaisuri.
dekorasi menarik di dalam kelas Abad 21 SMK Seri Permaisuri.
 ??  ?? Antara sudut
Antara sudut
 ??  ?? Puan Siti Aidah Rosli (tengah) bersama-sama pelajar pada sesi pembelajar­an di kelas Abad 21.
Puan Siti Aidah Rosli (tengah) bersama-sama pelajar pada sesi pembelajar­an di kelas Abad 21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia