Berita Harian

Dana majukan sekolah

Majlis Malam Gala Amal SMK Bukit Jelutong 2016 meriah

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

l Shah Alam

Slima buah meja perak (RM2,000 setiap sebuah) dan 30 buah meja gangsa (RM1,000 setiap sebuah). “Pihak sekolah membuat persediaan majlis ini sejak bulan Julai lalu, melalui promosi ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelajar,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Majlis makan malam itu, dirasmikan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Encik Muhammad Ammir Haron. Yang turut hadir ialah Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Jelutong, Datuk Rozzana Datuk Rahmat dan Ketua Penolong Pengarah Unit Projek Khas Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nashrul Naim Mohd Norshah.

Kewangan tambahan

Majlis itu menampilka­n pelamin indah sebagai dekorasi utama pentas, cabutan bertuah, nyanyian daripada artis terkenal, Nash dan kemunculan khas pelakon popular, Hafidz Roshdi.

Pelbagai persembaha­n pelajar Tingkatan Satu hingga Lima, termasuk nyanyian, lakonan dan tarian moden, tradisiona­l serta etnik bangsa.

Che Sapora berkata, dana itu adalah kewangan tambahan yang diperlukan sekolah untuk melaksanak­an pembanguna­n sekolah, program akademik dan kokurikulu­m, selain program sahsiah serta motivasi.

Sebagai permulaan katanya, sekolah akan memberi penumpuan kepada projek membaikpul­ih infrastruk­tur sekolah, seperti padang, bumbung, dinding kelas, tandas dan tingkap.

“Program ini bukan sahaja membantu sekolah mendapatka­n dana, tetapi turut merapatkan hubungan antara ibu bapa, pelajar, guru, penaja dan syarikat korporat dibawah satu bumbung serta berhibur melalui aktiviti bermanfaat, katanya”.

 ??  ?? Mohd Nashrul Naim (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Rozzana sambil disaksikan Muhammad Ammir (kiri) dan Che Sapora (kanan).
Mohd Nashrul Naim (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Rozzana sambil disaksikan Muhammad Ammir (kiri) dan Che Sapora (kanan).
 ??  ?? Antara jemputan yang hadir pada Majlis Malam Gala Amal SMK Bukit Jelutong.
Antara jemputan yang hadir pada Majlis Malam Gala Amal SMK Bukit Jelutong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia