Berita Harian

Mak Mah bantu suami menoreh

Pelakon veteran akui gembira dengan gaya hidup baharu mengikut cara kampung

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Keceriaan jelas terpancar pada wajah pelakon veteran, Ruminah Sidek, 70, yang lebih mesra dengan panggilan Mak Mah, sejak mendirikan rumah tangga dengan seorang peneroka dari FELDA Jelai Empat di sini mulai Mei 2015

Sejak bergelar isteri kepada peneroka, Al Fatah Rahim, 73, rutin harian Mak Mah turut berubah apabila turut membantu suaminya menoreh getah di kebun milik mereka, yang terletak lapan kilometer dari rumah mereka.

Mak Mah mengakui gembira dengan gaya hidup baharunya, mengikut cara kampung yang tidak pernah dirasainya sepanjang bergelar anak seni di bandar.

Ketika bernikah dengan suami, katanya dia langsung tidak pernah terfikir situasi yang harus dilalui sebagai isteri seorang peneroka FELDA.

Beliau berkata, Al Fatah sebenarnya tidak membenarka­n beliau membantu di kebun, tetapi keinginan merasai kerja yang turut dibuat kebanyakan isteri peneroka mengatasi segala-galanya.

“Saya pernah merajuk kerana suami tidak membenarka­n saya membantuny­a, sedangkan saya langsung tidak malu untuk melakukan pekerjaan berkenaan

“Mula-mula memang susah. Pegang pisau menoreh pun kekok, walaupun ketika zaman remaja, pernah membantu keluarga di kebun tetapi bukan sebagai penoreh,” katanya.

Mak Mah berkata, suaminya seorang yang serius apabila menunjukka­n cara menoreh sehingga ada ketika, dia menangis dan merajuk disebabkan teguran cara torehan.

Rutin harian

Bagaimanap­un, dalam tempoh tiga hari belajar menoreh, dia melakukan dengan tekun dan sentiasa diberi tunjuk ajar suami.

Rutin harian Mak Mah sebagai isteri peneroka bermula seawal jam 4.30 pagi dengan menyediaka­n sarapan untuk suami, sebelum mereka ke kebun pada jam 7 pagi dan pulang semula ke rumah, pada jam 9 pagi.

Ketika BH mengikuti pasangan itu menoreh di kebun, Mak Mah langsung tidak kelihatan kekok memegang sekerap dan bermain lebihan air getah yang dianggap busuk oleh sesetengah orang.

Mak Mah melakukan sendiri kerja mengutip sekerap dan hanya dibantu suami ketika memunggah baldi berisi getah ke kereta yang kemudian dihantar ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) FELDA Jelai Empat untuk dijual.

Selain itu, sejak berkahwin, Mak Mah kini mempunyai hobi baharu seiring dengan minat suaminya yang gemar memancing sehingga ke Johor, Pahang dan Melaka.

“Memang seronok apabila dapat pergi ke mana sahaja berdua dengan suami, termasuk mengikutny­a memancing. Ini adalah hobi baharu yang sebelum ini memang saya tidak minat tetapi kini sudah tahu serba sedikit berkaitan memancing,” katanya.

Kegembiraa­n dalam hidup seharian menyebabka­n berat badan pelakon yang pernah popular dengan watak Normah menerusi filem Anak Bapak itu, naik lebih lima kilogram sepanjang perkahwina­n mereka.

Katanya, berat badannya sebelum berkahwin adalah antara 63 hingga 65 kilogram (kg) dan kini mencecah 70kg. Namun, dia bersyukur kerana masih lagi sihat untuk meneruskan baki kehidupan.

“Jika diizinkan Allah, saya dan suami berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan dan berdoa semoga nama kami disenaraik­an,” katanya

Sementara itu, Al Fatah menyifatka­n, Mak Mah seorang yang manja serta penyayang dan cepat belajar mengenai sesuatu perkara.

“Dahulu, dia tidak mahir masak lemak cili api, namun berkat kesabaran, beliau kini semakin pandai.

“Bagaimanap­un, dia juga seorang yang kuat merajuk. Pernah suatu hari ketika menoreh, torehan yang dibuat tidak cantik, namun saya diamkan sahaja sebab takut dia merajuk walaupun hakikatnya dia senang dipujuk,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP/BH] ?? Mak Mah bersama suami mengasing getah sekerap hasil torehan dari ladang getah mereka di FELDA Jelai Empat.
[FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP/BH] Mak Mah bersama suami mengasing getah sekerap hasil torehan dari ladang getah mereka di FELDA Jelai Empat.
 ??  ??
 ??  ?? Mak Mah dan suami bersarapan di kedai sebelum ke ladang untuk menoreh.
Mak Mah dan suami bersarapan di kedai sebelum ke ladang untuk menoreh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia