Berita Harian

Saksi cerita semula kejadian

-

Georgetown: “Saya lihat wajah ayahnya pucat dan menjerit Allahuakba­r, sambil berlari melawan arus di eskalator untuk mendapatka­n anaknya yang terjatuh,” kata saksi kejadian Nur Akilah Amani Zuraimi Hashim, terjatuh eskalator di Kompleks Bukit Jambul, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Azir Romli, 42, bersama isterinya, Yuana Che Ariff, 40, dan dua anak mereka berumur 10 dan 12 tahun, berdiri dua anak tangga dari keluarga mangsa.

Azir kemudian melihat anak lelaki pasangan itu yang berusia kirakira empat tahun, terjatuh dan tangannya tersepit di penghujung eskalator berkenaan.

Ibu budak lelaki itu yang berada di belakang anaknya, berjaya menarik tangan anaknya itu.

“Bagaimanap­un, suasana agak kelam-kabut kerana kanak-kanak lelaki itu meraung yang menyebabka­n bapanya menundukka­n kepala dan cuba membantu.

“Lelaki itu kemudian terlepas pegangan tangan Nur Akilah yang ketika itu didukung di atas bahu. Ketika mahu bangkit kembali, bapa mangsa hilang imbangan dan terus menyebabka­n Nur Akilah terjatuh.

“Kami tergamam dan panik apabila melihat kejadian itu. Saya lihat wajah lelaki itu diselubung­i rasa bersalah dan menyesal dengan tindakanny­a,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Yuana berkata, dia terpanggil untuk memuat naik kisah sebenar kejadian berkenaan di laman sosial selepas melihat netizen mengutuk dan memberikan komen negatif terhadap bapa mangsa.

Katanya, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya dan bersedia untuk memberi keterangan kepada polis.

Tingkatkan pemantauan Kuala Lumpur,

Di Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, menyaran pengurusan pusat beli-belah meningkatk­an pemantauan terhadap penggunaan eskalator terutama membabitka­n golongan kanak-kanak bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, tindakan itu perlu kerana orang ramai termasuk ibu bapa masih memandang ringan terhadap risiko ketika menggunaka­n eskalator bersama anak masing-masing.

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Azir bersama Yuana ketika ditemui wartawan di Georgetown, semalam.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Azir bersama Yuana ketika ditemui wartawan di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia